Kapal Terbang Terpaksa Berpatah Balik Akibat Penumbang Cirit-Birit
Sebuah pesawat terpaksa berpatah balik selepas seorang penumpang mengalami cirit-birit yang sangat teruk, sehinggakan juruterbang menggambarkan kejadian itu sebagai “isu biobahaya”. Insiden yang dipercayai berlaku dua jam selepas berlepas dalam penerbangan Delta Air Lines dari Atlanta ke Barcelona itu telah menjejaskan keseluruhan pesawat sehingga memaksa juruterbang untuk menghubungi kawalan trafik udara bagi meminta kebenaran untuk kembali semula ke Atlanta.
Sejurus sahaja sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Hartsfield-Jackson Atlanta, krew penyelenggaraan yang bertugas terpaksa menghabiskan lima jam untuk membersihkan, menyahcemar dan menggantikan permaidani di lorong tengah yang rosak dan kotor akibat cirit-birit. Menurut salah seorang penumpang yang berada dalam pesawat itu, dia menyifatkan insiden tersebut sebagai agak teruk dengan bau yang tidak menyenangkan selain memuji keputusan juruterbang untuk patah balik. Mereka yakin keputusan patah balik itu lebih baik daripada meneruskan baki perjalanan enam jam untuk sampai ke Barcelona. Bayangkan, dalam masa dua jam sahaja sudah huru-hara dibuatnya. Sudah tentu tiada yang sanggup bertahan sehingga lapan jam dalam situasi tersebut kan? Kesian krew yang kena syif malam tu. Naya Pak Karim oiiii..