PEUGEOT MALAYSIA BERKOLABORASI BERSAMA KL FASHION WEEK 2024

PEUGEOT MALAYSIA

PEUGEOT Malaysia, dengan kolaborasi bersama KL Fashion Week 2024 (KLFW 2024) kini sedang menjalankan dua kempen untuk peminat dan pelanggan untuk merasai sendiri pengalaman memandu Peugeot 408 Serba Baharu.

Bermula daripada 9 hingga 27 Julai 2024, individu yang memandu uji Peugeot 408 Serba Baharu di mana-mana pengedar sah Peugeot di seluruh negara berpeluang untuk memenangi sepasang tiket ke Kit Woo Show pada 31 Julai 2024 atau Design to Sustain Finale pada 2 Ogos 2024 semasa berlangsungnya majlis gilang -gemilang KL Fashion Week. 


Sumber imej: klfashionweek.website

Macam mana cara untuk menang tiket? Mudah sangat! Mana-mana pelanggan atau individu yang telah pandu uji Peugeot 408 Serba Baharu di pusat pengedar sah Peugeot hanya perlu mengisi borang dalam talian dan secara automatik mereka layak bertanding untuk memenangi satu daripada 50 pasang tiket ke KLFW 2024. Selain itu, mereka yang berminat juga digalakkan untuk mengikuti Facebook dan Instagram rasmi PEUGEOT Malaysia untuk pengumuman pemenang dan akan terus dihubungi oleh pihak PEUGEOT Malaysia. 


Sumber imej: klfashionweek.website

Selain itu, bagi mana-mana pelanggan yang membuat tempahan dan membeli Peugeot 408 Serba Baharu di antara 29 Julai sehingga 31 Oktober 2024 juga layak untuk memenangi perjalanan berbayar dengan penerbangan Kelas Perniagaan selama 3 Hari 2 Malam ke Paris untuk dua orang!

Bayangkan anda akan ke Paris dengan perjalanan berbayar sepenuhnya selain berpeluang untuk menghadiri salah satu acara fesyen paling berprestij di dunia – Minggu Fesyen Paris 2025. Bukan itu sahaja, pemenang juga turut akan mendapat peluang untuk membuat lawatan ke muzium ikonik L’Aventure Peugeot untuk mengetahui sejarah Peugeot dengan lebih mendalam.  

Jadi, bagi anda yang berminat untuk menyertai kempen ‘Test Drive & Win’ dan ‘Buy & Win’, boleh ikuti laman Facebook dan Instagram PEUGEOT Malaysia atau layari www.peugeot.com.my untuk maklumat lanjut.


Sumber imej: klfashionweek.website

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.