Penganggur Menunggang Gopoh Tendang Warga Emas Dijel 6 Bulan. Baran Tak Bertempat

Beberapa hari lepas, tular satu video berdurasi 30 saat apabila seorang lelaki tidak berbaju yang menaiki motosikal telah memukul seorang warga emas berusia 71 tahun di Jalan Utama Cheras Perdana. Dalam rakaman dashcam saksi kejadian, pada mulanya suspek menunggang motosikal dengan gopoh di sebelah kanan sebelum melanggar motosikal yang dinaiki mangsa yang keluar secara tiba-tiba dari simpang kiri.

Menerusi video tersebut, kita dapat lihat kesan pelanggaran itu tidak terlalu serius namun suspek dilihat berang dengan mangsa sebelum memukul mangsa secara bertubi-tubi di tengah persimpangan jalan. Ini orang kata baran tak bertempat dan bahaya kalau dibiarkan orang macam ni berkeliaran di jalan raya. Tiada sifat rasional langsung.

Kesan daripada kejadian itu, suspek yang juga penganggur berusia 35 tahun telah dijatuhkan hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di atas dua kesalahan; (1) menunggang motosikal dengan gopoh sehingga membahayakan nyawa, mengikut Seksyen 279 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum enam bulan atau denda sehingga RM 2,000 atau kedua-duanya DAN (2) tertuduh dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada mangsa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM 2,000 atau kedua-duanya. Abang, lain kali kalau nak tunjuk samseng di medan perang boleh la. Kalau setakat jatuh motosikal dan pukul warga emas tak berbaloi la. Tak pasal-pasal ‘menyewa’ di jel.

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.