PEMBUKAAN BESAR-BESARAN ISUZU INDAH UTARA ALOR SETAR. TAHNIAH!

Tahniah diucapkan kepada Indah Utara Auto Sdn Bhd, selaku pengedar rasmi Isuzu di Malaysia yang telah merasmikan pembukaan besar-besaran pusat pameran (4S) cawangan Alor Setar. Kemudahan baharu ini menandakan bahawa Indah Utara Auto Sdn Bhd semakin maju ke hadapan dalam mengembangkan rangkaian pengedar Isuzu, selain berjaya membuktikan hasil usaha dan kerja keras mereka selama lebih 30 tahun di dalam industri automotif di Malaysia.
Untuk pengetahuan, majlis yang gilang-gemilang ini disempurnakan oleh Datuk Bandar Alor Setar, Ybhg. Dato’ Haji Mohd Yusri Bin Haji Md Daud dan turut dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Isuzu Malaysia, Shunsuke Okazoe bersama Pengarah Urusan Indah Utara Auto Sdn Bhd, Encik Poh Seng Hooi.
Menurut Encik Poh, beliau berharap agar mereka mampu menyediakan pengalaman yang lebih hebat khusus buat kesemua pelanggan mereka yang dihargai. Selain itu juga, Indah Utara Auto Sdn Bhd turut berhasrat untuk menyediakan akses yang lebih menyeluruh kepada pelbagai produk Isuzu selain meyediakan servis selepas jualan yang tiada tandingan.
“Kami amat berbesar hati untuk merasmikan pembukaan besar-besaran pusat pameran Isuzu di Alor Setar sebagai bukti komitmen kami dalam memberikan keselesaan, kecemerlangan dan kepuasan kepada para pelanggan,” kata Encik Poh. “Dengan rangkaian kami yang semakin berkembang selain turut merangkumi cawangan lain di Sungai Petani, Datuk Kumbar dan Bukit Mertajam, kami sangat teruja untuk menawarkan peluang yang lebih banyak untuk produk berkualiti Isuzu di Malaysia.”
Kini, dengan penambahbaikan dan inovasi di bilik pameran yang lebih luas, moden dan canggih, ternyata kemudahan ini semua akan memberikan kemudahan yang lebih praktikal dan keselesaan optimum untuk pelanggan mereka. Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat lanjut, anda boleh terus ke pusat pameran mereka di mana-mana cawangan Indah Utara Auto Sdn Bhd atau lawati laman sesawang mereka di https://indahutara.com.my/ ATAU laman Facebook rasmi mereka di https://www.facebook.com/IsuzuIndahutaraAS/