Polis Dubai Tambah Lagi Kereta Baru. Sebab Mereka Mampu.

Polis Dubai baru sahaja menambah kereta “koleksi” peronda mereka iaitu Mercedes-AMG GT 63 S. Semenjak beberapa tahun yang lepas, mereka telah memiliki kereta exotic yang mengagumkan untuk mengawal keselamatan bagi destinasi pelancongan yang popular ini.

Tidak mustahil Polis Dubai menambah model supercar untuk mengawal keselamatan di sana kerana semua orang tahu pelbagai model kereta sportcar dan supercar yang ada disana.

Ini antara supercar yang telah dimiliki oleh Polis Dubai, seperti Bugatti Veyron, Porsche 918 Spyder, Mercedes-Benz SLS AMG, BMW M5, Brabus G-Wagon, Nissan GT-R, McLaren 12C, Audi R8, Ferrari FF, dan Bentley Continental GT.

 

Spesifikasi kereta Mercedes-AMG GT 63 S ini juga mempunyai prestasi yang amat bagus kerana mempunyai 4.0-liter twin-turbocharged AMG V8 enjin dan mampu memberikan 630 kuasa kuda (630hp). Kereta ini juga mampu untuk capai 62mph (100km/h) dalam hanya 3.2 saat dan mampu pergi sehingga 195mph (315km/h)

Lihat video dari Polis Dubai:

Mungkin juga Polis Dubai akan menggunakan kereta kuasa elektrik seperti Cybertruck? Mungkin?

Image credit : carscoop
No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.