Baiki Kereta Dengan Teknik DIY Paling Tak Masuk Akal

Source: nairaland.com

Kreativiti itu bagus kalau kena pada tempat. Contohnya modifikasi kereta. Orang kata benda boleh DIY, buat apa hantar ke kedai. Tapi, kalau level kreativiti anda tu kelaut, tolong la fikir dulu sebelum ubahsuai kereta anda. Silap-silap daripada niat nak jimat, terus jadi bahan ejek orang lain je. Mari kita tengok senarai modifikasi DIY yang dilakukan oleh manusia pelik yang merasakan mereka ni kreatif dan berseni. Zaaassss…

1. BEG UDARA DIY

Source: lifebuzz.com

Kereta anda kekurangan beg udara? Atau kereta anda tak dapat 5 bintang untuk ASEAN NCAP? Jangan risau. Anda mungkin boleh cuba idea ‘bernas’ daripada lelaki ni. Letakkan beg plastik berisi udara atau air di dashboard kereta anda. Kalau kita biasa tengok plastik macam ni tergantung kat gerai jual air untuk halau lalat kan? Mungkin idea lelaki ni boleh kita pakai untuk tambah beg udara dan halau lalat pada masa yang sama.

2. PENGHAWA DINGIN KERETA DIY

Source: hotcars.com

Cuaca di Malaysia ni sangat panas dan boleh mencecah sehingga 39.5 darjah Celcius semasa fenomena El Nino. Rasa macam separuh masak kalau duduk dalam kereta, tambah pulak dengan aircond kereta rosak. Tapi bagi seorang pemilik minivan ni, jangan risau kalau penghawa dingin tak berfungsi. Pasang aje aircond yang ada kat rumah tu bersama generator di belakang kereta. Mungkin nak jimat, tapi masalahnya kalau dah kena bawa benda tu ke mana-mana, bukan ke berat dan membakar lebih minyak ke?

 

3. CD ATAU PENUTUP TANGKI MINYAK PETROL?

Source: taringa.net

Zaman sekarang ni orang dah tak pakai CD. So masalah VCD cetak rompak bukan lagi satu jenayah yang sama macam 15-20 tahun lepas. Jadi, seorang pemilik minivan ni rasa kalau penutup tangki minyak hilang, tak payah susah-susah pergi cari kat kedai. Cukup dengan hanya menggantikannya dengan CD dan tampal guna tape. Krik..krik..

4. MIX ‘N’ MATCH

Source: hotcars.com

Korang ingat beli McD je ke yang boleh Mix ‘N’ Match? Kereta pun boleh jugak mengikut kreativiti pemilik la. Contoh macam gambar yang diambil sekitar tahun 2012 di atas. Pemilik kereta ni telah mencantumkan kereta Pontiac Grand Am bersama sebuah truck lama. Kalau ni kereta penulis, rasanya isi miyak pun tengah malam masa takde orang. Malu weh, bentuk kereta dah macam berudu nak jadi katak.

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.