Keluaran Terbaru Suzuki: Jimny 2019 Kecil Tapi Gagah Bergaya

Source: globalsuzuki.com

Bagi peminat SUV kompak keluaran terbaru daripada Suzuki yang diberi nama Jimny, sudah pun tahu kenderaan ini telah mula dipamerkan sejak Januari lalu di Tokyo Auto Salon (TAS) 2019. Namun, korang tahu tak Thailand juga telah melancarkan SUV kompak ini secara rasminya di negara Gajah Putih tersebut di Bangkok International Motor Show (BIMS) 2019. Walaupun nampak macam kecil molek, jangan disangka harganya pun ‘kecil’. Di Thailand, ia dijual pada harga bermula 1.55 juta baht (RM 199,000) sehingga 1.65 juta baht (RM 212,000). Antara spesifikasi teknologi utama sang Jimny yang baru ialah:

1. Kotak pemindahan jarak jauh (Low-range transfer box) dengan pilihan 2H, 4H dan 4L.
2. Enjin 4 silinder 1.5 liter di bawah clamshell bonnet.
3. Pilihan daripada gear manual dengan 5-kelajuan atau gear automatik dengan 4-kelajuan.
4. Kawalan bukit dan kawalan ketinggian bukit.
5. Terknologi terbaru termasuk pengiktirafan tanda lalu lintas (traffic sign recognition).

 

Source: carnity.com

Proton X50 Bakal Saingi Honda H-RV.

Lebih Murah, Jimat dan Mengancam.

 

Kalau biasanya kita tengok SUV kompak lain memiliki warna yang agak kurang menarik, kini Suzuki Jimny telah dihasilkan dengan warna yang lebih memukau. Jadi pemilik Suzuki Jimny takde lah rasa macam ‘biasa-biasa’ sebab variasi warna juga agak banyak. Bak kata Suzuki, Jimny baru ni ibarat ‘humble yet handsome’. Hebat gitu…

Source: globalsuzuki.com

Source: autodevot.com

Jika kita perhatikan bahagian interior Suzuki Jimny, kita dapat lihat tempat duduknya tidak mempunyai balutan kulit. Namun, tempat duduknya boleh dilipat dengan nisbah 50:50 untuk memberikan lebih ruang simpanan. Ciri keselamatan Jimny 2019 pula terdiri daripada ESP, mempunyai sistem kawalan pendakian yang hebat persis si kambing gurun serta dua beg udara. Selain itu, Suzuki Jimny 2019 juga telah didatangkan dengan AllGrip Pro, iaitu perisian terbaru yang mengawal pemacu empat roda (yang merupakan aloi 15 inci).

Source: otomotif.kompas.com

Kini, Suzuki Jimny 2019 telah pun menjengah ke Jepun, Thailand, Filipina serta beberapa negara Asia yang lain kecuali Malaysia. Mungkin kalau Suzuki Malaysia masih wujud, tidak mustahil Jimny 2019 akan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada peminat SUV kompak di negara kita. Tapi sayangnya sebab Suzuki Malaysia dah lama ‘balik kampung halaman’, maka impian nak daki Genting Highlands dengan Jimny tak dapat lagi la buat masa sekarang. Akhirnya naik aje la dengan kereta kabel. Sobsss…

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *