Awas! Sinkhole Di Jalan Raya Semakin Menjadi-jadi Di Malaysia
Sebelum kita kupas dengan mendalam, kita kena faham apa itu sinkhole? Ni bukan lubang sink kat toilet atau dapur korang tu. Tapi sinkhole ni bermaksud lubang tanah yang terbentuk akibat tanah mendap. Juga boleh disebabkan oleh paip utama bawah tanah yang pecah, kandungan air dalam tanah, akar pokok besar dan juga gagaran.
Kemunculan 3 Sinkholes Di Jalan Utama KL Dalam 2 Hari.
Bayangkan dalam masa 2 hari (48 jam) terdapat 3 sinkhole yang menjelma di bandar KL. Yang pertama muncul di Jalan Maharajalela yang menjadikan sebuah kereta Myvi berwarna kuning tular di media sosial. Menurut mangsa yang juga seorang wanita, kereta dipandunya tiba-tiba ‘tenggelam’. Dah la kereta Myvi sering menjadi bualan netizen Malaysia. Kali ni pun Myvi jugak yang kena. Sampai ada segelintir netizen yang ‘edit’ keadaan Myvi tu seperti dalam filem Avengers: Endgame di saat Dr Strange buka portal laluan tu. Kreatif sungguh korang ni kan.
Kemunculan sinkhole kedua pula berlaku di Jalan Pinang, iaitu dalam kawasan segitiga emas atau ‘golden triangle’ di bandar KL yang sememangnya antara tempat paling jem di bumi Malaysia! Untuk kejadian kedua, sebuah teksi dilihat tersadai di tengah-tengah jalan raya yang pecah tu. Anda boleh lihat video penuh yang tular di applikasi Whatsapp seperti di bawah:
Untuk kejadian ketiga, sinkhole kecil muncul di Jalan Dewan Bahasa Pustaka. Walaupun saiznya agak kecil berbending kejadian terdahulu, namun pihak DBKL menyarankan agar orang awam yang ingin melalui laluan tersebut agar menggunakan jalan alternatif lain kerana risau akan kemungkinan sinkhole itu menjadi semakin besar. Kang tak pasal-pasal ada kereta atau kenderaan lain yang ‘terkubur’ di tengah jalan.
Nasib baik la kesemua mangsa tak mengalami sebarang kecederaan. Tapi, mengalami kecederaan atau tidak, mangsa tetap berhak saman akibat kecuaian syarikat pengendali. Siapa? Pihak Syabas la jawapannya. Sebab, kesemua sinkholes yang wujud ni disebabkan paip air bawah tanah milik Syabas yang pecah.