Jangan Buat Benda Ni Masa Hujan Kalau Taknak Kena Maki

Source: waltsautoservice.net

Hujung tahun di Malaysia. Selain musim cuti sekolah, sekarang juga merupakan musim hujan. Bukan sahaja jalan menjadi lebih licin, penglihatan anda juga sedikit terbatas. Jalan yang lebih jem jangan dilupa. Kepada pemandu kenderaan di Malaysia, tolong la berhati-hati. Ingat sikit pada pengguna jalan raya yang lain. Di sini kita kepilkan bersama beberapa tips penting dan perkara yang JANGAN DIBUAT semasa hujan. Bukan setakat maki, silap-silap kena tumbuk sekali.

Source: gifrun.com

1. JANGAN Memecut

Source: goodfon.com

Waktu hujan, tolong JANGAN memecut sesuka hati. Ingat, ni jalan raya yang anda kongsi dengan pengguna lain. Bukan jalan untuk racing. Tak kira la kereta anda hebat sampai boleh memecut sehingga 1000km/jam sekalipun. Tapi kalau dah hujan lebat, tolong slow down sikit. Tak faham dengan spesis nak laju je ni. Bawak kereta macam tok bomoh tengah ‘menurun’. Sabar la bro.

2. JANGAN Pilih Lorong Yang Salah

Source: seattletimes.com

Kebiasaannya, lebuhraya di Malaysia ada tiga lorong. Sila pastikan anda pilih lorong yang paling sesuai untuk anda. Kalau dah tau mata tu agak rabun, JANGAN la pilih lane paling kanan. Naya kat orang belakang sebab kejap-kejap kau brek walaupun takde apa-apa pun kat depan. Nak selamat pilih lorong tengah dan jaga kelajuan. Sebab lane ni paling kurang lopak air atau kerosakan jalan. Paling kiri kalau boleh elakkan. Sebab biasanya air banyak berkumpul di tepi jalan. Jangan jadi macam kes di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) tahun lepas. Gara-gara nak elak lopak air, habis 12 motosikal yang berteduh bawah jambatan semasa hujan lebat ‘disapu bersih’.

Source: astroawani.com

3. JANGAN Guna Lampu Kecemasan / Hazard Lights

Source: videohive.net

Apa itu lampu kecemasan / hazards lights? Ala, yang macam signal 4 penjuru tu. Di Malaysia ni biasa nampak kan orang guna lampu ni semasa hujan lebat atau semasa berkonvoi. Tahukah anda perbuatan anda tu salah? Bahaya sebab anda bergerak dan menimbulkan kekeliruan sekiranya anda nak tukar laluan. Dah la kejap ke kanan, kejap ke kiri. Kalau rasa tak yakin nak memandu, sila cari tempat persinggahan. R&R, stesen minyak kan berlambak. Jadilah pengguna jalan raya yang bijak!

4. JANGAN Kedekut Buka Lampu

Source: auto.howstuffworks.com

Kalau hujan lebat, tolong la buka lampu tu dik. Bukan habis minyak pun kalau buka. Walaupun hujan lebat ketika siang hari, tapi tahukah anda bukan semua manusia dikurniakan mata persis ‘eagle eye’ macam anda? Lagi satu, dah la kereta warna kelabu, hujan pulak lebat dan tak pasang lampu. Macam mana orang nak nampak? Lagipun, kereta mempunyai 4 sisi ‘blindspot’ selain sidemirror anda yang yang takde wiper. Kalau buka lampu sekurangnya driver depan nampak jugak korang kat belakang atau sisi keretanya.

Source: depositphotos.com

 

5. JANGAN Cuci Tayar Dengan Lopak Air


Ini antara perbuatan tak senonoh orang kita suka buat. Kalau kat highway tu yang pembonceng motosikal la selalu jadi mangsa. Tak pasal-pasal basah kuyup. Paling kesian pernah nampak pasangan bersama anak kecik jadi mangsa bila kereta sengaja lalu lopak air untuk cuci tayar. Memang la mereka pakai baju hujan, tapi tolong la berperikemanusiaan sikit. Jangan sampai Malaysia buat undang-undang macam di England. Bulan lepas, seorang lelaki di England yang sengaja lalu lopak air untuk buat pejalan kaki basah dah pun kena saman sehingga £5,000 (RM 26,981). Nak ke?

Image: thesunbest.com
No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *