Pada 2 November 2023, X-1R yang juga pengeluar produk pelinciran terunggul dalam industri sukan permotoran telah pun secara rasminya melancarkan produk keluaran terbaharu mereka, X-1R Motorbike Formula. Jika sebelum ini kesemua produk keluaran X-1R hanya memfokuskan pada kereta, kini mereka telah mengeluarkan satu produk yang sememangnya khusus untuk motosikal pula.
Umum mengetahui bahawa produk X-1R yang berada di pasaran sangat bermutu tinggi dan terbukti secara saintifik. Maka tidak hairanlah jika kejayaan produk X-1R ini bukan sahaja diperakui dalam industri sukan permotoran, malah NASA juga turut menggunakan X-1R! Bukan calang-calang nampaknya X-1R ni sebab NASA pun mempercayai kehebatan produk mereka.
Dalam majlis perlancaran yang diadakan di The Majapahit @ ARCORIS Mont Kiara yang dihoskan oleh Nurul Alis Kiki, ramai nama-nama hebat dalam sukan permotoran yang turut hadir untuk memeriahkan majlis. Antaranya pengurus pasukan ONEXOX TKKR Racing, Alizan Tambi, pelumba motosikal Malaysia, Zulfahmi Khairuddin yang juga pengurus ZK Racing serta beberapa ahli penting dalam Persatuan Café Racer Malaysia. Selain itu juga, majlis pelancaran ini turut dihadiri ramai pempengaruh media sosial antaranya TheAqil7, Azirul Othman, Babykmrzmn, Keknan Judge, Balqis John, Aushisham, Hadyluck, Ain Iskandar, Eyqa Lee, Thana Krishnan, Qistina Safia, Meysya serta Alie dari Retro Havoc.
Majlis itu dimulakan dengan ucapan pembukaan daripada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) X-1R Asia, Encik Nigel McKenzie sebelum Pengurus Besar X-1R Asia, Encik Kevin Siripala, memperkenalkan dan menerangkan tentang produk terbaharu keluaran mereka, X-1R Motorbike Formula. Dalam majlis itu juga, mereka turut membawa bersama pasukan daripada MAG Auto Garage Services Sdn Bhd dan Dyno Dynamics Malaysia untuk melakukan ujian Dyno untuk menguji kuasa motosikal.
Untuk pengetahuan, ujian Dyno sangat penting untuk menguji daya kuasa motosikal dan lebih khusus lagi, ujian Dyno mampu untuk menilai ukuran tork dan kelajuan putaran selain memberikan bacaan yang menunjukkan jumlah kuasa dalam enjin motosikal. Senang cerita, tujuan utama mereka melakukan ujian Dyno ini adalah untuk menguji perbezaan karakter enjin sebelum dan selepas motosikal itu menggunakan X-1R Motorbike Formula. Ternyata, terdapat perbezaan dalam bacaan sebelum dan selepas. Anda boleh tengok sendiri dalam graf yang ditunjukkan dalam gambar di bawah:
Nampak tak? Ternyata X-1R bukan sekadar cakap kosong atau jauh sekali ‘sembang pasar’. Tapi mereka berjaya membuktikan kehebatan X-1R Motorbike Formula dengan melakukan sendiri ujian Dyno di hadapan tetamu yang hadir dan mereka sendiri boleh melihat perbezaan yang ditunjukkan dalam graf semasa ujian dilakukan. Jadi, ada tak pemilik motosikal di luar sana yang mula ‘jatuh hati’ dan ingin menggunakan X-1R Motorbike Formula? Layari laman sesawang rasmi X-1R di https://www.x1rasia.com/ ATAU terus dapatkan produk terbaharu mereka, X-1R Motorbike Formula di https://www.x1rasia.com/product/motorbike-formula-buy-3-free-3/ untuk dapatkan penjimatan hebat. Siap beli 3 PERCUMA 3 tau! Maksudnya, dengan harga RM 69, anda akan dapat 6 sachet X-1R Motorbike Formula! Jimat ke tak jimat? Cepat dapatkan sementara stok masih ada!
Anda juga boleh dapatkan produk X-1R di Shopee: https://shopee.com.my/x1rasia
Selain itu, jangan lupa untuk ‘Like’ & ‘Follow’ Facebook, Instagram dan TikTok X-1R:
Facebook: https://www.facebook.com/X1R.ASIA
Instagram: https://www.instagram.com/x1rasia/
TikTok: https://www.tiktok.com/@x1r_asia