Kualiti Jalan Malaysia Di Kedudukan 21 Terbaik Dunia? Biar Betul?

Terkejut, bangga tapi agak musykil selepas baca satu laporan statistik daripada The Global Economy yang mengatakan bahawa kualiti jalan di Malaysia berada di kedudukan ke-21 dunia. Malah, kedudukan kita juga lebih tinggi daripada Sweden, Arab Saudi, Brunei, Kanada, Turki dan juga Australia. Mengikut laporan tersebut, Malaysia mendapat 5.3 mata manakala tempat pertama diduduki Singapura dengan 6.50 mata (satu mata adalah paling rendah, 7 mata adalah yang tertinggi).

Singapura dilihat mampu mendabik dada kerana mempunyai jalan paling berkualiti di dunia diikuti oleh Belanda (6.4 mata), Switzerland (6.3 mata), Hong Kong (6.10 mata), Jepun (6.10 mata)Austria (6.0 mata), Portugal (6.0 mata), UAE (6.0 mata), Korea Selatan (5.9 mata) dan di tempat ke-10 pula ialah Oman (5.7 mata).

Sebaliknya, negara yang mempunyai kualiti jalan raya yang paling teruk ialah Chad dengan 1.9 mata (paling bawah) dan turut tersenarai ialah Haiti (2.10 mata), Yemen (2.10 mata), Madagascar (2.0 mata) dan Mauritania (2.0 mata).

Jadi, adakah dakwaan kebanyakan rakyat Malaysia bahawa jalan raya di negara ini sebagai teruk dan tidak berkualiti merupakan satu dakwaan tidak berasas? Atau laporan statistik yang dikeluarkan oleh The Global Economy, itu sebenarnya tidak benar? Menurut pentadbir The Global Economy, data yang diperolehi oleh mereka adalah berdasarkan komponen kualiti jalan yang dikeluarkan oleh Indeks Daya Saing Global. Malah, maklumat tersebut juga turut mengambil kira laporan mengenai lebih 60,000 kes tahunan jalan raya berlubang yang ditampal di seluruh Malaysia.

UBAH RON95 KEPADA RON98 DENGAN X-1R OCTANE BOOSTER:

P/S: Rasanya kan, data ni semua hanya ambil daripada jumlah jalan raya berlubang yang ditampal yang pernah direkodkan sahaja. Dia ada kira sekali ke jalan raya di kawasan Sabah atau Sarawak? Kat sana pernah ada kes YB tampal lubang jalan tanah merah dengan simen.

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.