Volkswagen R-Rated Golf R Baharu. Siap Ada Mode Drift Dan Special

Buat semua peminat kereta Volkswagen Golf R. Ada berita baik untuk anda, iaitu kini Golf R sudah dinaiktaraf sebagai “R-Rated” Golf R yang turut dilancarkan bersama “R Performance Package” sebagai standard yang merangkumi ekzos titanium Akrapovic, mode “Drift” dan “Special”, serta spoiler belakang baharu bersama rim aloi Estoril 19 inci. WOW!

Bayangkan, Golf R terdahulu pun boleh buat sesiapa sahaja yang memandu melopong dengan prestasi yang diberikan, apatah lagi dengan versi baharu ni yang lebih memukau. Pasti ramai yang tak sabar nak beli kan? Yang lebih menarik, hatchback moden berprestasi tinggi ini adalah Golf R pemasangan tempatan dan Malaysia merupakan negara pertama selain Jerman yang memasangnya.

Pada yang sudah membeli Golf R keluaran sebelum ini, ada beberapa perkara yang anda harus tahu dan mungkin membuatkan anda rasa nak tukar kepada Golf R baharu. Antaranya:

  • Ekzosnya adalah tujuh kilogram lebih ringan dan direka oleh pengeluar ekzos terkemuka dunia iaitu Akrapovic.
  • Golf R baharu akan ada mode “Drift” dan “Special” – boleh diakses dengan butang “R” pada stereng sporty dengan rekaan rata pada bawahnya. Mode “Drift” sesuai untuk aksi sliding dan apabila diaktifkan, ia akan menyahaktif sistem Electornic Stability Control (ESC). Manakala mode “Special” pula sesuai untuk jalan kampung yang tidak rata kerana suspensinya telah ditala bagi memberi kontak pptimum dengan permukaan jalan.
  • Ciri tambahan baharu yang lain ialah Heads-Up Display (HUD) yang dipancarkan ke cermin utama, pengecasan telefon pintar tanpa wayar dan bantuan lampu tinggi automatik.
  • Aspek keselamatan Golf R baharu disokong oleh IQ. DRIVE termasuk Travel Assist dengan Adaptive Cruise Control (ACC), Front Assist, Side Assist, Emergency Assist dan juga Lane Assist.

 

Sekiranya ada yang bertanya, bagaimana pula dengan enjin? Untuk enjin sama sahaja seperti yang terdahulu, iaitu menggunakan enjin turbo 2.0TSI yang mampu menghasilkan 320PS dan 400Nm tork. Trasmisi yang digunakan pula ialah transmisi 7 kelajuan DSG dan masih lagi mengekalkan aspek keseimbangan dan cengkaman sistem pacuan empat roda 4MOTION bersama ciri pemvektoran prestasi tork. Untuk kadar pecutan pun sama, iaitu 0 hingga 100 km/j dalam hanya 4.8 saat.

Bagi yang berminat, Golf R kali ini didatangkan dengan tiga pililhan warna menarik iaitu Lapiz Blue, Deep Black dan Pure White. Harga yang ditawarkan pula adalah pada harga anggaran bermula RM 330,000 hingga RM 350,000. Tempahan juga boleh dibuat di mana-mana pengedar sah Volkswagen di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut boleh layari laman sesawang rasmi di www.volkswagen.com.my

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.