Neymar Beli Helikopter Mercedes Harga RM58 Juta

Sumber imej: thesun.co.uk

Bintang bola sepak Brazil, yang juga pemain Paris Saint-Germain, telah mengejutkan 155 juta pengikutnya di sosial media, Instagram apabila dia memuat naik sekeping gambar yang menayang dirinya bersama sebuah helicopter Mercedes bernilai lebih £10 juta (bersamaan RM 58 juta).

Neymar atau nama sebenar Neymar de Silva Santos Junior, umur 29 tahun, merupakan pemain termahal dunia. Dia kelihatan bersahaja berada di hadapan helicopter tersebut yang di parkir di hadapan rumah mewah bernilai £7 juta (RM 40 juta) miliknya di Rio de Janeiro. Kiranya harga helicopter tu pun lebih mahal daripada rumahnya. Jika diperhatikan pada bahagian belakang helicopter tersebut, tertera tulisan NJR yang mewakili singkatan namanya.

Sumber imej:: businessinsider.com

Untuk pengetahuan semua, helicopter Airbus Mercedes atau Model H-145 itu digunakan oleh Neymar untuk ke lokasi latihan bersama skuad kebangsaan. Jika dah mampu, apa salahnya kan? Lagipun harga perpindahannya daripada Barcelona ke PSG pun sudah bernilai £198 juta (RM 1.15 bilion).

Mungkin dia beli helicopter ni sebab jalan di sana sesak teruk? Atau sebagai pengubat duka lara di mana pasukannya kalah kepada pasukan Argentina pada perlawanan akhir Copa America baru-baru ni?

Sumber imej: thebuzzdesk.com
No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *