Ramai Pemandu Singapura ‘Lepas Gian’ Sejak Sempadan Dibuka
Memalukan! Tapi itu yang banyak dilaporkan di dada akhbar dan media sosial tentang beberapa gelagat pemandu dari negara jiran, Singapura yang seakan ‘melepas gian’ di Malaysia selepas sempadan dibuka. Selain perbuatan segelintir mereka yang suka isi petrol subsidi, ada lagi perangai yang mereka ‘import’ dari sana. Suka buat hal di negara orang yea?
1. Isi Minyak Subsidi
Kalau di media sosial, kemain lagi bangga tayang duit mereka ‘mahal’ dan masing-masing bajet kaya. Tapi bila datang Malaysia isi minyak guna petrol RON95 (subsidi) hak milik rakyat Malaysia juga. Lagi jelik, siap jengkitkan sebelah kereta semasa isi minyak. Tidak kurang juga sampai yang henjut kereta semata-mata nak pastikan mereka dapat minyak penuh. Kalau tangki 60 liter, masakan yang masuk tu jadi 70 liter kalau buat macam tu abang oi…Nasihat untuk orang macam ni, jangan rampas RON95 sebab itu hak rakyat Malaysia.
2. Tukar Plat Kereta
Antara tektik lain yang suka digunakan oleh rakyat Singapura semasa ‘menagih’ minyak subsidi RON95 milik rakyat Malaysia adalah dengan menukar nombor plat kenderaan. Pernah tengok filem Senario Lagi tak? Sama macam masa Wahid tukar plat kereta. Macam itulah perangai mereka. Kalau ini zaman 90-an boleh la buat macam ni. Sekarang tahun 2022, telefon pintar di mana-mana. Bila-bila masa sahaja boleh tular muka tu.
3. Buang Air Merata
Entah kenapa, segelintir mereka suka buat perangai pelik-pelik selepas berjaya merentas sempadan. Adakah mereka suka buat benda jelik ini di Malaysia sebab mereka tak boleh buat benda tu di negara sendiri? Apa-apa pun perangai suka buang air tepi jalan ni memang tak boleh diterima. Sebabnya, bukan susah nak cari tandas awam di Malaysia ni. Teringat pula kisah seram orang-orang tua. Budak yang kencing tepi semak kena rasuk dengan jin. Agaknya belum ada yang kena kot?
4. Pandu Laju & Melulu
Kita tahu bahaya jalanraya di Malaysia ni memang panjang kalau nak dibandingkan dengan Singapura. Tapi, ini jalanraya untuk orang awam, bukan tempat untuk berlumba. Beberapa hari lepas tular geng konvoi BMW Singapura yang memandu dengan laju dan melulu seperti dalam filem Fast & Furious. Mungkin nak lepas gian pandu laju kot. Lagipun kereta mereka dan lama terperap kan. Jap, salah satu BMW warna keemasan tu nak sama macam kereta yang tukar nombor plat di atas. Kereta dan orang sama ke?