Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) selaku pengedar rasmi kenderaan rasmi jenama Mitsubishi di Malaysia telah pun memperkenalkan varian baharu yang telah dinaik taraf – Mitsubishi Triton AT Premium dengan gaya estetika yang lebih sporty.
Untuk pengetahun, selain rekaannya yang lebih sporty, varian ini hanya terdapat dalam warna White Diamond dan hanya tersedia dalam unit terhad sahaja. Antara tujuan ia direka dengan bentuk yang lebih sporty adalah untuk memikat hati para peminat Mitsubishi Triton yang mengingikan satu varian yang ternyata lebih dinamik dan bergaya.
Jika kita melihat kepada rekaan luaran, Mitsubishi Triton AT Premium didatangkan dengan hiasan bampar hadapan yang lebih bergaya, reka bentuk pelekat lebih ekslusif, set roda Yokohama Geolander AT G015 18 inci serta gerbang roda dan sports bar yang lebih dinamik. Manakala bagi rekaan dalaman pula, bahagian kabin dinaik taraf bersama illuminated scuff plates serta headrest dengan rekaan baharu.
Bagaimana pula dengan harga yang ditawarkan? Anda boleh rujuk pada senarai harga di bawah:
Wilayah | Harga (RM) |
Semenanjung Malaysia | RM 135,900 |
Sabah | RM 137,900 |
Sarawak | RM 137,900 |
Langkawi | RM 128,103 |
Labuan | RM 130,554 |
Sekiranya anda berminat, apa kata kalau anda turut serta dalam acara ‘Roar Of A Champion’ yang akan dianjurkan oleh pihak Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) di seluruh negara bermula dari 27 Januari 2024 sehingga 25 Februari 2024 di lokasi berikut:
NO | TARIKH | LOKASI | ALAMAT |
1 | 27 January 2024 | Lajina Motors Sdn Bhd (Kuala Terengganu) | Lot 22049, Banggol Beruas, Mukim Kuala Nerus, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu |
2 | 3 Februari 2024 | Okuan Motors Sdn Bhd (Kuantan) | Lot 2104, Jalan Beserah, 25300 Kuantan, Pahang |
3 | 4 Februari 2024 | Auto Raya Timur Sdn Bhd (Temerloh) | Lot 9301 & 9297, Batu Tiga, Jalan Mentakab, 28000 Temerloh, Pahang |
4 | 17 Februari 2024 | EON Auto Mart Sdn Bhd (Johor Bahru) | No. 197-A, Jalan Skudai Kiri, Batu 4 1/2, Tampoi, 81200 Johor Bahru, Johor |
5 | 18 Februari 2024 | MM Supreme Sdn Bhd (Johor Bahru) | 4C, PLO 136, Jalan Angkasa Mas 2, Kawasan Perindustrian Tebrau 2, 81100 Johor Bahru, Johor |
6 | 24 Februari 2024 | Sing Kwung Jidosha Sdn Bhd (Melaka) | No. 2B, Jalan IMJ1, Taman Industri Malim Jaya, 75250 Malacca |
7 | 25 Februari 2024 | Ban Lee Heng Motor (Nilai) Sdn Bhd (Nilai) | Lot 27447, Jalan BBN 5/1a, Bandar Nilai Utama, 71800 Nilai, Negeri Sembilan |