BAGAIMANA MESIN PEMBINAAN ELEKTRIK AKAN MEMBERI KESAN KEPADA ASIA?

volvo ce
Sumber imej: PMW World

Jika sebelum ini kita pernah mendengar tentang kenderaan elektrik (EV) seperti kereta atau motosikal elektrik, namun bagaimana pula dengan mesin pembinaan elektrik? Bagaimana pula kesan mesin pembinaan elektrik ini terhadap negara di Asia? 


Sumber imej: www.volvoce.com

Sebenarnya, selain daripada industri automotif, industri pembinaan juga sedang memasuki era mesin elektrik dan menariknya, Volvo Construction Equipment (Volvo CE) kini berada di barisan paling hadapan. Pada mulanya, syarikat gergasi ini memperkenalkan mesin elektrik pertamanya pada tahun 2020 yang mana kebanyakannya sudah mula digunakan di seluruh negara Eropah dan Amerika Syarikat. 

Bagi Asia pula, mesin pembinaan elektrik Volvo CE sudah pun mula memasuki negara China, Indonesia, Jepun, Singapura dan Korea Selatan. Antara mesin yang ditawarkan termasuk jengkaut kompak ECR25 Electric, pemuat roda kompak L25 Electric dan jengkaut Elektrik EC55 yang dibina di kilang Volvo CE di China. Selain itu, Volvo CE juga telah melabur dalam pengeluaran pek bateri di kilang mereka di Changwon, Korea Selatan. 

Volvo ECR25 Electric Excavator From: Volvo Construction Equipment | For  Construction Pros
Sumber imej: www.forconstructionpros.com

Kini, sejak mesin pembinaan elektrik dari Volvo CE juga sudah mula menapak di Asia, ia amat memberi kesan kepada pembangunan yang lebih hijau dan mesra alam oleh banyak pihak Kerajaan di negara-negara Asia. Contohnya seperti Singapore Green Plan, atau pembinaan ibu kota baharu di Indonesia, Nusantara yang merancang untuk menjadi lebih bersih menjelang tahun 2045.

Nusantara ibu kota baharu Indonesia
Sumber imej: hmetro.com.my

Jika kita melihat kepada inisiatif yang lebih hijau dan mesra alam, kita akan faham tentang kenapa dunia sekarang mula melakukan peralihan kepada menggunakan mesin pembinaan elektrik. Kini tapak pembinaan juga akan mampu menjadi lebih bebas fosil selain lebih bersih dan senyap. Malah, penggunaan mesin pembinaan elektrik juga ternyata mampu mengurangkan kos operasi kerana tidak menggunakan diesel selain mengurangkan kos penyelenggaraan dalam jangka masa panjang.

Selain itu juga, pengendalian mesin elektrut turut memberikan peningkatan dalam kebolehkawalan dan kuasa bateri yang lebih hebat, prestasi keseluruhan yang setara dengan mesin diesel selain mampu memastikan kecekapan dan produktiviti yang lebih tinggi.

Adakah anda rasa Malaysia juga mungkin akan mengikut langkah sama seperti di China, Indonesia, Jepun, Singapura dan Korea Selatan? Cuba komen.

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.