TAHNIAH HONDA MALAYSIA. KEKAL SEBAGAI JENAMA KENDERAAN BUKAN NASIONAL NO 1 SELAMA 10 TAHUN.

honda malaysia
honda malaysia

Tahniah buat Honda Malaysia apabila mereka berjaya merekodkan lebih daripada 80,000-unit jumlah jualan pada tahun 2023, sekali gus mengekalkan kedudukan Honda sebagai jenama kenderaan bukan nasional No 1 di Malaysia selamat 10 tahun berturut-turut.

Selain itu juga, antara pencapaian penting adalah mereka juga berjaya melancarkan empat model baharu seperti WR-V, City, Civic Type R dan CR-V serba baharu. Tiga model paling laris pula adalah Honda City, HR-V dan City Hatchback di mana masing-masing menyumbang 30%, 25% dan 13% kepada keseluruhan jualan Honda Malaysia.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Encik Hironobu Yoshimura berkata, “2023 terbukti sebagai tahun yang mencabar di mana kami perlu menghadapi pasaran yang kompetitif. Walau bagaimanapun, Honda Malaysia berjaya mengatasi dan mencapai sasaran jualan kami pada 2023 dengan sokongan padu daripada pengedar kami dan juga Kerajaan Malaysia.

Selain itu, kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pelanggan Honda yang telah memainkan peranan penting dalam pencapaian ini melalui sokongan mereka yang tidak berbelah bahagi terhadap jenama Honda.”

Untuk pengetahuan, pencapaian cemerlang tahun ini sebahagian besarnya disumbangkan oleh pelancaran WR-V pada bulan Julai. SUV kecil ikonik itu mendapat sambutan menggalakkan daripada pasaran dengan varian WR-V RS adalah penyumbang terbesar, di mana ia menyumbangkan 60% daripada jumlah jualan setakat ini dengan 7,800-unit Honda WR-V yang terjual dalam tempoh enam bulan pertama pelancaran. 

Selain itu, untuk jualan bagi model hibrid Honda Malaysia (e:HEV) juga meningkat daripada lebih 4,100 unit pada 2022 kepada lebih 7,700 unit pada 2023. Sekali gus menunjukkan peningkatan sehingga 87% bagi model e:HEV yang menyumbangkan 28% kepada keseluruhan jualan hybrid di Malaysia.

Honda sememangnya komited untuk menyediakan kualiti terbaik dari segi penawaran produk, jualan dan perkhidmatan selepas jualan kepada pelanggannya. Syarikat ini juga optimis mengenai sektor automotif pada tahun 2024, yang dijangka menjadi satu lagi tahun yang menarik untuk industri.

Untuk maklumat lanjut mengenai model Honda, pelanggan boleh mengunjungi mana-mana daripada 101 pengedar sah Honda di seluruh negara atau menghubungi nombor Bebas Tol Honda Malaysia di 1-800-88-2020 atau layari www.honda.com.my

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.