Pemilik kereta, peminat sukan permotoran atau individu yang aktif dalam dunia automotif pasti kenal dengan X-1R bukan? Bukan sahaja kerana jenamanya yang unggul, malah produk keluaran X-1R Petrol Decarboniser juga sentiasa memberikan kepuasan dan prestasi yang menakjubkan untuk kenderaan anda!
Namun, apakah kebaikan X-1R Petrol Decarboniser?
Kebaikan Petrol Decarboniser:
- Menghapuskan deposit karbon
- Membersihkan fuel injectors dan throttle body
- Melancarkan keseluruhan sistem penghantaran bahan api
- Menghilangkan lembapan dari tangki
- Mengurangkan penggunaan bahan api
Untuk pengetahuan semua, X-1R Petrol Decarboniser telah dirumus secara saintifik untuk memulihkan sistem penghantaran bahan api kenderaan anda yang menjadikan prestasi keseluruhan kenderaan anda sama seperti kenderaan baharu!
Rumusan yang berkesan ini akan menghapuskan pembentukan karbon dalam throttle body dan juga combustion chamber selain turut menghapuskan sebarang pembentukan karbon baru. Produk ini ternyata mempunyai kualiti yang sangat hebat, di mana ia turut mampu menyingkirkan lembapan, membersihkan injector, menjadi penstabil bahan api serta yang paling penting adalah anda juga turut mampu mengurangkan pencemaran yang dihasilkan oleh kenderaan anda.
Mesti ada yang tertanya-tanya, adakah X-1R Petrol Decarboniser ini selamat digunakan? Sudah tentu selamat! Malah, ia turut tidak akan membahayakan bahagian komputer, penutup pemangkin (catalytic converters) atau oxygen sensors. Cara nak guna pula? Cuma tuangkan satu botol X-1R Petrol Decarboniser ke dalam tangki petrol kenderaan anda. Satu botol boleh merawat sehingga 75-liter petrol dan sekiranya anda inginkan prestasi yang optimum, pastikan anda akan menggunakan X-1R Petrol Decarboniser setiap 5,000-kilometer atau setiap 3 bulan. Senang!
Jadi apa tunggu lagi? Dapatkan sekarang di https://www.x1rasia.com/