KERETA YANG SESUAI DENGAN GAJI ANDA
Masih ramai ke yang tak tahu bagaimana cara untuk mengira kadar gaji dengan harga kereta yang sesuai untuk korang? Jika ada yang rasa “lebih baik naik public transport dapat jimat duit” posting ini bukan untuk korang.
Kali ini, saya nak kongsi tips untuk bantu korang membeli kereta mampu milik yang sesuai dengan gaji bulanan.
- GAJI TAHUNAN
Mesti ramai yang dah imagine kereta idaman mereka. Teringin nak pakai Honda, pakai Mercedes dan mungkin ada juga yang dah set dalam kepala nak pakai Myvi sahaja. “Sebab Myvi ni lejen atas jalan”. Apapun jenis kereta idaman korang, tak jadi satu masalah sebab dah nama pun satu idaman setiap orang. Cuma korang kena berpijak dibumi yang nyata dan sedar dengan kemampuan diri sendiri. Disarankan untuk membeli kereta yang harganya tidak lebih dari jumlah angka gaji setahun korang.
Contohnya, gaji sebulan RM3000;
RM3000 x 12 bulan = RM 36,000
Jadi, korang disarankan untuk mencari kereta nilai bawah dari RM36,000. Zaman sekarang banyak kereta yang harga bawah RM36,000 tau. Tapi kalau korang nak beli kereta yang harganya agak mahal seperti Honda Civic, mungkin ikut pada kelayakan. Jangan lupa untuk fikirkan juga komitmen hidup yang lain ya.
- ANSURAN BULANAN 15% DARI GAJI BERSIH
Selain itu, cara ideal yang boleh bantu korang untuk berjimat untuk membeli kereta adalah dengan memastikan korang bayar duit kereta bulan-bulan tidak lebih dari 15% gaji bersih.
Contohnya, gaji anda RM3000
15% dari RM3000 = RM450
Maksudnya, bayaran ansuran kereta bulanan korang tidak lebih dari RM450. Kenapa 15%?
Sebab korang perlu ingat, beli kereta bukan seperti beli baju online, sekali bayar dah selesai. Bila korang dah tetapkan dalam kepala nak beli kereta, korang perlu sedar terdapat kos tambahan yang perlu diambil kira setiap bulan. Antaranya;
- Petrol
- Tambang tol
- Parking kereta
- Roadtax dan takaful
- Cuci kereta
- Servis
LIHAT. Cadangan Kereta Mengikut Gaji Sebulan Korang!
Jom semak senarai di bawah untuk tahu kereta apa yang sesuai dibeli berdasarkan gaji bulanan korang;
RM2,000 Dan Ke Bawah
Buat korang yang bergaji dalam lingkungan ini, disarankan untuk membeli kereta yang bajet dalam linkungan RM20,000 – RM35,000. Antara kereta yang okay untuk korang beli adalah Perodua Axia.
Perodua Axia (RM23,367 – RM33,940)
Bagusnya beli kereta Axia ini dapat menjimatkan minyak serta kabin yang cukup luas untuk saiznya. Sesuai sangat untuk kegunaan harian.
RM3,000 Dan Ke Bawah
Jika gaji sebulan korang RM3,000, korang boleh beli kereta yang bajetnya dalam lingkungan RM40,000 – RM60,000. Sebagai contoh, ini 3 jenis kereta yang sesuai dengan gaji sebegini:
Proton Iriz (RM40,800 – RM54,800)
Mempunyai kendalian pemanduan yang mantap kerana stereng kereta Proton Iriz ini mempunyai berat yang sesuai dan memberikan respons yang banyak walaupun menggunakan stereng kuasa elektrik (EPS).
Perodua Myvi (RM41,292 – RM52,697)
Selain menjimatkan minyak, kereta ini juga murah dari segi kos maintenance. Myvi juga terkenal dengan ruangan yang luas jika dibandingkan dengan kereta kompak yang lain termasuklah Suzuki Swift.
Perodua Bezza (RM33,456 – RM48,356)
Antara kelebihan yang ada pada kereta Perodua Bezza ini adalah jimat minyak, mempunyai lampu hadapan LED bagi semua varian dan merupakan kereta sedan paling murah yang menawarkan AEB (Autonomous Emergency Braking).
RM3,500 Dan Ke Atas
Sekiranya pendapatan bulanan korang RM3,500 dan ke atas, tak perlu nak risau sangat kereta apa yang sesuai untuk dibeli kerana banyak kereta yang menarik boleh anda pilih. Boleh dikatakan yang anda sudah layak untuk beli kereta yang berharga linkungan RM70,000 – RM90,000.
Antara kereta yang boleh dipilih adalah:
Honda City (RM74,191.27 – RM86,561.45)
Banyak kelebihan kereta ini, antaranya pemanduan yang lancar, mempunyai kabin yang luas malah, Honda City 1.5V dilengkapi dengan sistem Honda LaneWatch iaitu menggunakan kamera di cermin sisi kiri untuk paparkan imej buta di skrin infotainment. Bukan itu sahaja, kereta ini boleh dikatakan jimat minyak juga ya!
So agak-agak korang sudah nampak ke bayangan kereta yang mampu dimiliki? Ingat ya, ukur baju di badan sendiri kalau tidak merana la hidup.