INILAH ‘KUBUR’ KENDERAAN ELEKTRIK DI CHINA

China’s EV graveyard | Sumber imej: Bloomberg

Kenderaan elektrik (EV) sering dianggap sebagai penyelamat kepada kelestarian alam sekitar berbanding kenderaan yang menggunakan petrol dan diesel. Oleh itu, banyak negara di seluruh dunia yang melakukan pelbagai inisiatif untuk menggalakkan rakyat negara mereka beralih kepada EV.

Pada mulanya EV diuar-uarkan lebih jimat digunakan namun kita boleh melihat kenaikan taraf spesifikasinya begitu progresif selain harga untuk memilikinya juga bukan mesra rakyat marhaen.

Justeru itu, lebih ramai masyarakat di seluruh dunia dilihat semakin kurang berminat terhadap kereta elektrik dan mereka juga dilihat lebih selesa untuk menggunakan kenderaan petrol atau diesel sedia ada. Jadi tidak hairanlah jika kita juga dapat melihat penurunan permintaan terhadap EV. 

A view of a lot holding decommissioned electric vehicles in Hangzhou, China.
Sumber imej: Bloomberg.com

Akhirnya apabila jumlah kereta elektrik yang dihasilkan melebihi permintaan dan tidak laku di pasaran, maka akan terjadi lambakan kereta elektrik lama yang terbiar dan terbuang begitu sahaja. Sama seperti keadaan di pinggir bandar Hangzhou, China yang mana puluhan juta basikal dan kenderaan elektrik dibiarkan bertimbun dan terbiar sehingga tempat tersebut menjadi seperti sebuah ‘kubur’ untuk kenderaan elektrik. Sayangnya!


Sumber imej: scmp.com

Menurut laporan daripada portal berita Bloomberg yang mengejutkan dunia itu, fenomena ‘kubur’ kereta elektrik ini memberi gambaran mengenai pasaran kenderaan tenaga baharu di negara China yang jelas tidak mempertimbangkan masa depan mereka.

Melihat kepada beberapa gambar yang pernah tular, kita boleh melihat bahawa kenderaan elektrik yang dikeluarkan sebenarnya tidak dibeli oleh orang ramai. Realitinya, bekalan kereta elektrik di China melebihi permintaan sehingga mengebabkan puluhan ribu kereta elektrik dibiarkan begitu sahaja.

Apa pendapat anda tentang isu ini?

Read more articles about electric vehicles here:

Why are consumers not buying electric vehicles?
Will EV’s help UK’s car industry return to its former glory?
Our Honeymoon with Electric vehicles is over

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.