Kereta Paling Istimewa Yang Dimiliki Ratu Elizabeth II. Baginda Boleh Memandu Tanpa Lesen.

Tanggal 8 September 2022, dunia dikejutkan dengan kemangkatan Ratu Elizabeth II pada usia 96 tahun. Dilahirkan pada tahun 1926, baginda telah memegang takhta selama 70 tahun sejak 6 Februari 1952 dan menjadi pemerintah paling lama antara mana-mana raja British. Malah, sebanyak 15 Perdana Menteri pernah berkhidmat sepanjang pemerintahan baginda bermula daripada Winston Churchill (1951-1955) sehingga Liz Truss (2022).

Sumber imej: hellomagazine.com

Selain terkenal sebagai ikon fesyen, baginda juga adalah seorang ratu yang sangat suka memandu dan gemar memiliki beberapa kenderaan hebat. Menariknya, baginda juga merupakan satu-satunya orang di Britain yang dibenarkan memandu tanpa lesen. Sekarang, jom kita lihat koleksi kenderaan istimewa yang pernah dimiliki oleh Ratu Elizabeth II:

1. The 1955 Rolls-Royce Phantom IV State Landaulette

Sumber imej: autoevolution.com

Baginda pernah menggunakan jentera hebat ini dari tahun 1959 hingga 2002. Turut dikenali sebagai “Rolls-Royces selepas perang yang paling ekslusif”, pembuat kereta ini turut merekabentuk semula jentera ini dengan menggabungkan tingkap yang lebih tinggi supaya para penonton atau rakyatnya boleh melihat keluarga Diraja dengan lebih jelas. Pada tahun 2018, kereta ini telah dilelong pada harga US$920,880 (RM 4.17 juta).

2. SUV Bentley Bentayga Pertama Dunia

Sumber imej: dailymail.co.uk

Di awal kemunculan SUV mewah Bentley Bentayga, pihak Bentley telah mengesahkan bahawa mereka telah menempah kereta nombor satu untuk baginda, mengikut spesifikasi baginda. SUV mewah yang dilengkapi dengan enjin berkembar turbo 6.0 liter W12 yang mampu menjana 600 kuasa kuda serta 664 tork sememangnya merupakan sebuah kenderaan yang sangat mewah dan lasak, sesuai untuk aktiviti memburu baginda. Selain itu, SUV yang bernilai sekitar £160,000 (RM 836,088) ini juga turut dikenali sebagai SUV paling berkuasa, mewah dan ekslusif di dunia yang sangat berbeza jika dibandingkan dengan Land Rover Defender kesukaan baginda sebelum ini.

3. The Daimler Empress MkII

Sumber imej: hymanltd.com

Kereta ini merupakan antara kenderaan yang pertama raja dan ia kekal bersama baginda untuk tempoh yang agak lama. Menurut sumber daripada The Sun, kereta saloon empat pintu ini turut mempunyai meja walnut lipat dan tempat duduk pula seperti di atas takhta. Selain itu juga, hanya 33 unit model ini yang dihasilkan dan ia juga dilaporkan sebagai kenderaan yang paling elegan dan sesuai untuk keluarga Diraja dan bangsawan.

4. 1961 Vauxhall Cresta PA Friary Estate

Sumber imej: hotcars.com

Ratu Elizabeth sangat suka dengan koleksi Bentley dan Jaguar nya. Namun, sekitar tahun 1960-an, orang ramai agak terkejut melihat beginda turut mempunyai Vauxhall. Tetapi, memandangkan umum sudah mengetahui aktiviti kegemaran sang ratu iaitu memburu, maka kenderaan ini antara yang paling sesuai digunakan pada ketika itu. Menurut The Paragraph, kenderaan itu boleh memasukkan anjing pengawal “corgi” (anjing kegemaran baginda), rak senjata dan pemegang pancing yang dibina secara khas pada bahagian atas bumbung. Oleh sebab itu juga, keluarga Diraja telah memilih model Vauxhall yang lain sebagai koleksi peribadi mereka.

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.