Kereta Audi R8 V10 Jutawan Muda Diconteng Kerana Dianggap Berlagak

Sumber imej: metro.co.uk

Seorang jutawan muda yang membuat kekayaan dengan perdagangan mata wang kripto terkejut selepas mendapati kereta Audi R8 V10 yang baru berusia tiga bulan miliknya telah diconteng dengan cat hitam berbaur penghinaan. Ini termasuk perkataan seperti ‘berlagak’, ‘dara’ dan juga ‘mati’.

Sumber imej: dailymail.co.uk

Waseem Khan, 20 tahun, yakin bahawa dia tidak mempunyai musuh namun mungkin individu yang melakukan perbuatan itu adalah seseorang yang mengenalinya atau iri hati dengan pencapaian beliau. Katanya lagi, bukan semua orang suka lihat kejayaan orang lain dan tambahan pula beliau sudah mampu memiliki sebuah supercar berharga £100,000 (RM 524,920) pada usia 20 tahun. Kalau tengok gambar tak macam 20 tahun, kan?

Sumber imej: manchestereveningnews.co.uk

Turut mempunyai lebih 80,000 pengikut di TikTok, Waseem Khan juga mendakwa bahawa selain kekayaan, menjadi popular di media sosial juga mungkin menjadi penyebab kejadian tersebut. Kini, beliau sedang mencari jalan untuk membuang cat hitam tersebut dan kos membaiki kereta idamannya itu mungkin boleh mencecah belanja ribuan pound.

Namun begitu, Waseem Khan juga berkata bahawa kejadian itu tidak langsung mematahkan semangat beliau untuk lebih berjaya. Walaupun pernah dibesarkan dalam keluarga yang agak susah, kini beliau mampu menjana sehingga £6,000 (RM 31,495) semasa sedang tidur. Oleh itu, kerugian yang ‘sedikit’ yang perlu ditanggung untuk membaiki kereta mewah kesayangannya itu tidak memberikan kesan langsung kepadanya. Untunglah masa tidur pun boleh buat duit, k an?

Sumber imej: liveabout.com
No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.