Kenali Modifikasi Motosikal Yang Dibenarkan dan Tidak Dibenarkan Abang Polis dan JPJ

Source: bharian.com.my

Penggunaan motosikal memang banyak untungnya. Dari segi penjimatan minyak, tak payah bayar tol, cepat sebab boleh ‘cilok’, boleh parking dekat dan macam-macam lagi. Tapi sayangnya bila ada je ‘roadblock’ daripada abang polis atau JPJ, geng motosikal la yang akan jadi mangsa pertama. Silap-silap kalau banyak sangat kesalahan, motosikal tu semua boleh kena sita la, brader.

1. BUANG CERMIN SISI

Source: amazon.com

“Semak la kalau ada cermin sisi ni. Hodoh dan tak nampak ‘cool’”. Meh sini nak bagitau. Buang cermin sisi tu adalah satu kesalahan. Kalau ikutkan saman kesalahan trafik, boleh kena sampai RM 50 – RM 150 bagi motosikal bawah 250cc mengikut tempoh kadar bayaran saman. Nak jadi ‘cool’ celah mana kalau masa bawak motor tu kepala duk terteleng macam leher ayam? Pusing tengok depan, tengok belakang. Kau ingat ada ‘background music’ Bollywood ke nak geleng-geleng macam tu?

Source: gifer.com

2. PEMASANGAN EKZOS

Source: pandulaju.com.my

Pernah tengok kapcai yang bukan biasa-biasa. Dia pakai double ekzos macam superbike. Ada jugak trend guna ekzos kereta letak kat motosikal. Kalau nak tahu, boleh je tukar ekzos tu tapi mesti la ikut spec yang diluluskan. Kalau minat sangat bunyi ekzos yang kuat, boleh je try dapatkan ‘green light’ daripada Puspakom dan buat ujian di Jabatan Alam Sekitar. Jangan tanya apa kaitan ekzos motor dengan Jabatan Alam Sekitar? Yeala, kalau dah sampai bunyi ekzos pun dah macam meriam buloh dum…dam…di malam raya. Kau dah kenapa? Tu dah boleh merosakkan keharmonian alam semesta kau tahu?

 

3. LAMPU BERWARNA

Source: my.carousell.com

Trend guna lampu motor berwarna ni dah lama pun. Ada yang pakai jenis projector xenon. Alah, yang jenis kalau kau tengok direct kat lampu tu, boleh la buat appointment dengar pakar mata. Dia punya silau macam nak menerangi lohong hitam kat angkasa. Lagi satu trend guna lampu LED, orang panggil ‘lampu dajjal’. Buruk nau namanya. Macam gambar kat atas tu. Jadi secara terang-terangan, modifikasi jenis macam ni memang tak diluluskan. Rider sekalian pakai je la lampu standard tu. Tapi jangan la boikot sampai tak pasang lampu langsung. Sebab lampu tidak menyala atau tak memasang lampu pun dah boleh kena kompaun sehingga RM 150 tau. Sayang tak pasal-pasal duit melayang.

4. AKSESORI TAMBAHAN

Source: mediahiburan.my

Baru-baru ni viral di media sosial apabila pelawak terkenal, Shuib, telah memuat naik gambar motosikal jenis Ysuku telah di‘makeover’ oleh isteri beliau. Siap ada manik, dah macam motor perarakan. Sebenarnya, tambahan aksesori tu dibenarkan asal tak ubah rupa asal motorsikal tu. Setakat tukar cover seat, guna tapak DIY tu boleh je. Cuma jangan terlebih makeover sampai boleh mendatangkan bahaya bila menunggang. Kalau yang macam tu, abang-abang polis dan JPJ memang cepat ‘berkenan’. Berkenan sangat sampai nak bagi ‘surat cinta berbayar’.

5. SAIZ RIM & TAYAR

Source: paultan.org

Sekarang ada geng tayar besar (GTB) yang tengah trending di kalangan rider muda. Contohnya Yamaha Y15ZR tapi guna rim 17 inci yang datang daripada BMW S1000RR. Trend macam ni mungkin boleh dijadikan hobi bagi rider yang berduit. Sebab kos ubahsuai pun dah berkali ganda daripada harga motor asal. Apa-apa pun boleh, asal rim dan tayar tersebut tidak terlalu kecil atau besar yang boleh membahayakan penunggang. Asal jangan pakai tayar sotong sudah la. Kalau tak silap, kerajaan pun dah lama haramkan. Buruk lebih banyak daripada baiknya. Silap-silap nak corner kiri tapi terbabas pulak ke longkang kanan. Sotong…sotong…

Source: sinarharian.com
  • amirul
    November 5, 2019 - 1:03 pm

    kalau cermin sisi belah kanan saja ada kena saman tak.. ?

    35Vote Up26Vote Down
  • Kuyat
    January 2, 2020 - 11:50 am

    Boleh tak pakai cover set R1M untuk R15 V3

    6Vote Up8Vote Down
  • rieyy
    June 20, 2021 - 8:10 pm

    Part side mirror “Nak jadi ‘cool’ celah mana kalau masa bawak motor tu kepala duk terteleng macam leher ayam? Pusing tengok depan, tengok belakang” , aku tak setuju . Even ada side mirror pun , kau kena pusing kepala untuk check blind spot terutamanya bila nak memotong/overtake . Kau mana nampak ada motor/kereta tiba² memotong ke apa . Tengok side mirror + shoulder checking bagi eliminasi blind spot . Cek cermin saja tak cukup boss .

    13Vote Up7Vote Down
  • Paan
    November 8, 2023 - 6:51 pm

    Klau lampu dpn stndrd tukar lmpu zhipat lps jpj tk bos?

    0Vote Up0Vote Down

Your email address will not be published.