Kajian Kata Pemandu Audi Paling Teruk Di Jalan Raya? Dia Belum Kenal ‘King’ Kot

Nampaknya pemandu Audi telah membina reputasi yang kurang elok sejak beberapa tahun ni. Menurut laporan daripada DriveScore di UK, markah paling rendah telah dimenangi oleh pemandu Audi di mana skor terendah dinilai dengan mengukur tahap pecutan pemandu, membelok dengan terlalu cepat, menukar lorong tanpa memberikan isyarat atau menggunakan telefon semasa memandu.

Namun, antara banyak-banyak model Audi, yang mana paling mempunyai pemandu paling buruk dan paling kurang cekap? Mengikut hasil kajian DriveScore, data pemanduan yang dikumpul daripada lebih 150,000 pemandu mendapati bahawa pemandu Audi S3 yang paling buruk. Serius lah?

Sumber imej: cnet.com

Selain daripada Audi S3, ada lagi beberapa kereta lain yang turut tersenarai dengan rekod terburuk. Antara 10 terburuk, terdapat sebuah model Audi, empat model BMW, dua model Mercedes-Benz, satu model Volkswagen dan satu model Chevrolet yang tersenarai seperti di bawah:

Sumber imej: thisismoney.co.uk

Bagaimana pula dengan pemandu terbaik? Nampaknya pemandu Fiat Doblo yang menunjukkan ciri-ciri pemandu paling sopan di jalan raya. Selaku menjadi pemandu paling berhemah, laporan mendapati bahawa mereka sering mematuhi had laju yang ditetapkan, berhati-hati di kawasan selekoh serta paling kurang mendapat saman. Bagusnya!

Sumber imej: fiatprofessional.com

Bagaimana pula model kereta dengan pemandu terbaik yang lain? Boleh lihat senarai daripada sumber DriveScore di bawah:

Sumber imej: thisismoney.co.uk

Sepatutnya, Malaysia pun ada buat kajian DriveScore macam ni kan? Tapi kalau tanya pengguna jalan raya di Malaysia, rasanya macam dah tahu kereta apa yang akan tersenarai. Selain daripada King yang selalu bertakhta di hati rakyat Malaysia, dengarnya Ativa pun agak popular sekarang. Ada orang gelarnya “Masterpiece”?

Sumber imej: twitter.com
No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.