Audi merupakan jenama kenderaan mewah dari Jerman bermula dari tahun 1909 dan namanya diambil sempena nama pengasasnya August Horch yang bermaksud “Listen” dalam Bahasa Inggeris atau “Audi” dalam Bahasa Latin. Kini, nama Audi sememangnya cukup gah di dalam industri automotive dan turut menjadi antara jenama kereta mewah paling laris di pasaran dunia seangkatan dengan pesaing utamanya, iaitu BMW dan Mercedes-Benz.
Namun, apa sebenarnya kelebihan sebuah Audi yang membuatkan ia mempunyai peminat fanatik tersendiri? Jom ikuti kupasan dan ulasan yang akan diberikan oleh geng Automology tentang Audi Q3 S Line 1.4 TFSI. Bukan setakat orang dewasa, tapi kanak-kanak pun suka dengan kereta ni.
Kecil Di Luar, Luas Di Dalam.
Dari segi saiz keseluruhan, Audi Q3 S Line 1.4 TFSI ini adalah sebuah SUV yang tidak terlalu besar. Bagi rakyat Malaysia, mungkin ramai yang akan mengatakan bahawa saiznya adalah lebih kurang Proton X50. Saiznya luarannya sahaja yang hampir sama, okey?
Baiklah, sekarang kita ke bahagian dalam (hadapan) yang mana apabila kami masuk sahaja ke dalam kereta ini, kami boleh rasakan ianya agak premium, tip top dan mewah. Menariknya, model kereta ini turut menawarkan ambient lighting yang didatangkan dengan 30 warna menarik. Kami pun memang sangat suka tukar warna ambient lighting ni—pilih warna mengikut mood semasa memandu la kononnya.
Selain itu, kereta ini juga mempunyai Audi Smartphone Interface yang mempunyai ciri Apple CarPlay dan Android Auto. Antara perkara lain yang boleh dipuji adalah navigation system yang sangat mesra pengguna, gambar yang sangat jelas dan berkualiti dan sistem bunyi yang sangat ‘ummphhh’!
Bagaimana pula dengan bahagian belakang? Anda jangan terkejut kerana walaupun dari luar nampak kecil, tapi keluasan untuk penumpang belakang adalah sangat memuaskan. Sangat selesa dan yang paling penting kita boleh laras kedudukan di kerusi belakang (sikit je). Selain itu, kereta ini juga mempunyai ISOFIX yang sangat mesra guna dan memudahkan pemasangan child car seat, lebih stabil dan selamat. Menariknya lagi, walaupun selepas memasang car seat, penumpang di belakang masih dalam keadaan selesa dan ruang juga masih terasa luas.
Enjin Yang Memukau.
Bagi Audi Q3 S Line 1.4 TFSI, prestasinya memang sangat memukau. Dengan menggunakan enjin 1.4 TFSI, ia mampu menghasilkan 150PS dengan 250 Nm tork. Selain itu, model ini juga turut mempunyai gearbox dengan 6-kelajuan S Tronic. Sebelum kami lupa, model ini adalah jenis front-wheel-drive jika nak dibandingkan dengan ‘abangnya’ Audi Q3 Sportback S Line 2.0 Quattro yang merupakan all-wheel-drive.
Rekaan Comel Tapi Garang.
Sememangnya rekaan paling ketara pada sebuah Audi adalah lampu hadapannya. Maka tidak hairanlah ia menjadi kenderaan pertama di dunia yang menggunakan LED Daylight Running Lights (DRL), bermula daripada Audi A8 sebelum sehingga kini syarikat pengeluar kenderaan lain turut berpusu-pusu menggunakan teknologi lampu yang sama.
Untuk Audi Q3, lampu hadapannya juga menggunakan LED DRL dengan high beam assist. Rekaannya yang menonjol dan tajam membuatkan ia kelihatan lebih garang. Selain itu, rekaan hadapan yang digabungkan dengan gril depan besar membuatkan Audi Q3 kelihatan lebih aggresif dan sekilas pandang seakan sama seperti Audi RS Q3. Wow!
Pada bahagian sisi pula, Audi Q3 S Line 1.4 TFSI ini menggunakan rim aloi bersaiz 18 inci. Lekuk pada bahagian sisi juga sangat menonjol dan membuatkan ia kelihatan lebih ‘muscular’. Manakala pada bahagian belakang pula, kereta ini turut menawarkan hands-free electric power tailgate dan saiz but pula agak besar iaitu 530 liter. Namun apa yang menarik, lebih-lebih lagi kepada pemandu/pemilik wanita, adalah selain saiz but yang besar, ketinggian but juga tidak terlalu tinggi, jadi sangat senang untuk memasukkan dan mengeluarkan (loading/unloading) barang dari but kereta.
Pandu Uji.
Sepanjang kami memandu uji model Audi Q3 S Line 1.4 TFSI ini ada tiga perkataan yang sesuai untuk kami gunakan: Elegan; Selesa; Memukau. Namun ada satu perkara yang sangat kami puji tentang model ini iaitu kami dapat rasakan penjimatan minyak yang ketara. Bayangkan kami sudah meronda bandar Kuala Lumpur selama beberapa hari, dengan jarak jauh dan trafik sesak namun ianya sangat jimat minyak! Dengan kapasiti 58 liter (tangki penuh), ia mampu meluncur sehingga lebih 600 kilometer, walaupun kadar pembakaran minyak ialah sekitar 7.2 liter bagi setiap 100 kilometer!
Bagaimana pula dengan pengendalian kereta? Sangat selesa dan terasa selamat walaupun dalam kelajuan yang agak tinggi. Malah, semasa di selekoh pun, kami dapat rasakan cengkaman yang memukau, tiada langsung terasa seperti ‘tayar terangkat’. Jika memandu dalam bandar yang penuh sesak pula, kereta ini juga sangat cepat dan responsif. Memang senang nak ‘cilok’ lagipun saiznya pula tidak terlalu besar. Parking pun sangat senang!
Jadi, siapa peminat jenama Audi di sini? Kalau anda nak tahu sendiri betapa hebatnya kenderaan mereka, jangan lupa untuk terus hubungi PHS Automotive Malaysia Sdn Bhd, selaku pengedar rasmi Audi di Malaysia. Malah, bukan setakat Audi, Volkswagen pun ada lah! Anda boleh layari laman sesawang rasmi mereka atau boleh terus ke:
Volkswagen Puchong by (PHS Autohaus Sdn Bhd),
Lot 895, Jalan Subang 10,
Kampung Kenangan,
47100 Puchong,
Selangor
Hubungi: 03-8069 9099
P/S: Anda juga boleh menonton video penuh kami di YouTube: