Harga Minyak Mentah Dunia Semakin Turun Akibat Kemelesetan Ekonomi dan Covid-19

Sumber imej: liputan6.com

Harga minyak mentah dunia kini dilaporkan semakin menurun berikutan kebimbangan potensi kemelesetan ekonomi dunia yang bakal mengurangkan permintaan, dengan minyak mentah Brent dijangka merosot sehingga di bawah AS$100 (RM 442) setong.

Malah, penganalisis Citi turut meramalkan kemungkinan untuk harga pasaran Brent terus merosot sehingga AS$65 (RM 287.82) setong sekiranya berlaku kemelesetan ekonomi yang perlahan dan berpanjangan di seluruh dunia bagi tahun ini.

Sumber imej: ekbis.sindonews.com

Apa yang berlaku sebenarnya?

Antara punca kepada krisis ini adalah disebabkan oleh beberapa faktor utama. Antaranya:

Sumber imej: us.bolnews.com

1. Harga minyak dijatuhkan oleh nilai dollar A.S yang melambung tinggi berbanding mata wang yang lain. Ini membuatkan nilai dollar A.S yang lebih tinggi dan kukuh itu secara langsung akan menjadikan minyak lebih mahal bagi pemegang mata wang lain dan seterusnya mengekang atau mengurangkan permintaan global.

Sumber imej: businesstoday.in

 

2. Negara China, selaku antara pengimport minyak terbesar dunia, terus melaporkan kes Covid baharu yang semakin meningkat di seluruh negaranya, sekali gus bakal mengurangkan permintaan.

Sumber imej: Bloomberg.com

JIMAT DUIT MINYAK DENGAN X-1R OCTANE BOOSTER:

3. Import minyak mentah China dari Rusia pula melonjak sehingga lebih 55 % berbanding tahun sebelumnya, yang melihat Rusia menggantikan Arab Saudi sebagai pembekal utama walaupun selepas sekatan ke atas Moscow kerana pencerobohannya ke atas Ukraine.

Sumber imej: kosmo.com.my

4. Krisis mogok dalam sektor petroleum Norway telah menjejaskan keseluruhan medan minyak dan gas yang melaporkan bahawa pengeluar minyak dari Norway hanya akan kembali semula beberapa hari selepas krisis mogok di negara itu kembali reda.

Sumber imej: Aljazeera.com

5. Iran mencari perjanjian nuklear yang kukuh dengan kuasa dunia berikutan rundingan mereka dengan Qatar selaku sekutu A.S. di dalam usaha mereka untuk memulihkan pakatan nuklear 2015.

Sumber imej: apa.az

6. Di Kazakhstan, letupan minyak gergasi di Tengiz telah membunuh dua pekerja dan mencederakan beberapa yang lain, seteruskan secara tidak langsung memberikan impak kepada operasi keseluruhan.

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.