Benda Tak Masuk Akal Dijumpai Atas Jalanraya Yang Sibuk di Malaysia

Sumber imej: canva.com

Pernah tak anda memandu kereta, tiba-tiba anda ternampak sesuatu yang diluar jangkaan turut berada di atas jalanraya? Kalau penampakan haiwan liar di jalan kampung dan hutan seperti gajah melintas di Jalan Gerik, mungkin la agak normal. Sebab di sana pun tiada penempatan manusia sangat dan dikelilingi hutan. Tapi bayangkan nampak haiwan atau benda lain di tengah-tengah bandar atau laluan utama seperti di Lebuhraya Persekutuan serta lain-lain jalan utama ke pusat bandar. Mesti kita akan terfikir, dari mana datangnya semua tu?

1. BURUNG UNTA DI LEBUHRAYA PERSEKUTUAN (2016)

Sumber imej: paultan.org

Sekitar tahun 2016, ada seekor burung unta bernama Chickaboo telah pun mengejutkan pengguna Lebuhraya Persekutuan apabila haiwan itu sedang berlari-lari di laluan paling kanan. Menurut pemilik haiwan tu, sebenarnya mereka dalam proses untuk pindahkan burung unta tu ke sebuah ladang sebelum salah seekor terjun melalui tingkap kenderaan dan mula berlari. Pengguna jalanraya lain punya terkejut sampaikan jalan jadi sesak sebab ramai orang berhenti nak tengok. Bukan selalu dapat tengok burung unta di atas lebuhraya. Kan?

 

2. ULAR SAWA

Sumber imej: hotfm.com.my

Pada malam tahun baru 2021, seorang selebriti dan juga pelawak terkenal negara, iaitu Zizan Razak, telah membuat kecoh apabila dia terjumpa ular sawa di tengah-tengah lebuhraya. Perkongsian selebriti itu tular dan gelagatnya semasa ‘mengiringi’ ular itu melintas jalan membuatkan ramai warganet terhibur. Bukan itu sahaja, sebelum ni pernah juga tular ular sawa merentasi banjir kilat di tengah bandar Kuala Lumpur, dipercayai keluar dari longkang dan dibawa arus banjir. Hari yang sama juga tular tentang kereta Perodua Kelisa redah banjir tu. Nama pun kelisa, spesis ikan mahal tu. Ingat lagi tak?

Sumber imej: therakyatpost.com

3. LEMBU MARATHON DI LEBUHRAYA PERSEKUTUAN (2018)

Sumber imej: askideas.com

Jika yang pertama tadi burung unta yang buat kecoh, tahun 2018 pula kecoh dengan kisah seekor lembu yang dikatakan marathon atau lari sebab takut kena korban. Aksi lembu tersebut agak mencemaskan sebab ia mengganggu laluan pengguna jalanraya. Selain itu, pihak bomba juga mengejar haiwan terbabit sejauh 10km sebelum dihantar semua kepada tuannya. Penat lembu tu berlari. Kalah aksi kejar-mengejar macam dalam filem Fast & Furious ni.

Sumber imej: nst.com.my

4. KERETA KANCIL ‘LEJEN’

Sumber imej: terengganutv.bbn.my

‘Kancil lejen’ kembali tular! Terbaru, sebuah kereta Perodua Kancil yang dalam keadaan yang sangat ‘nazak’ telah pun dikesan di sebuah jalanraya di Kepong. Kereta sarat dengan plastik dan kayu plywood, malah tayar hadapan sudah tidak mempunyai getah (tinggal rim je) serta kedudukan cermin serta sedikit bumbung bahagian depan yang sudah ‘hilang’ membuatkan Ahli Parlimen Kepong sendiri, iaitu Lim Lip Eng, membuat laporan kepada pihak DBKL untuk mengambil tindakan lanjut. Mana taknya, keadaan kereta sudah terlalu teruk, boleh membahayakan pemandu kereta itu sendiri serta pengguna jalanraya lain. Malah, ramai warganet kongsikan yang mereka selalu terserempak dengan kereta ni melalui jalan Rawang dan juga Kepong. Nampak gaya si pemandu tu macam tak berapa nak betul jek.

Kancil, oh Kancil. Kecil tapi berbisa. Teringat pula masa tahun 2018 ada kes konon kereta Perodua Kancil berebut nak bayar tol dengan Proton Iswara? Pemandunya kata sebab alami masalah brek. Mana satu yang betul agaknya. Kalau tengok dalam gambar ni, elok pulak kedua-dua kereta ni berada sebelah-menyebelah di satu lorong tol. Persis pasangan manusia yang baru sahaja pulang daripada berbulan madu. Berkepit je kerjanya. Eh?

Sumber imej: bharian.com.my
No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.