Siapa Suruh Cucuk Ambulans. Sekali Polis Ada Sebelah

Sumber imej: thevocket.com

Situasi jalanraya di Malaysia, lebih-lebih lagi di sekitar bandaraya yang penuh sesak, kita akan dapat lihat pelbagai jenis spesis pemandu. Daripada yang jenis tak bagi signal bila nak tukar laluan, cucuk kereta depan sebab nak tol percuma, potong-Q, guna laluan kecemasan, sampai la jenis suka cucuk ambulans. Sesekali ada yang akan mengeluarkan kata-kata kesat sampai bertumbuk di atas jalanraya.

Tapi paling hebat kalau kita dapat tengok hukum karma yang setiap pemandu ni dapat. Sama seperti kisah di bawah ni. Ada satu video yang tular menunjukkan sebuah ambulans telah dicucuk rapat oleh sebuah kereta hitam jenis Toyota Hilux. Pada masa tu, kita dapat lihat keadaan jalan tu memang sangat perlahan dan sesak. Jadi mungkin bagi pemandu kereta Hilux tu, cara paling mudah ialah dia mesti ikut ambulans rapat-rapat. Baru la orang bagi laluan dan dia berjaya lepaskan diri dari jalan jem tu. Bijak kan?

Sumber imej: beritaperak.com

Mungkin dia fikir dia bijak. Tapi sayangnya nasib tak menyebelahinya pada hari kejadian. Sebab, tiba-tiba abang ambulans tu buat pengumuman menggunakan speaker mereka dan mengadu pada abang polis dalam kereta Mitsubishi Outlander di sebelah. Abang ambulans siap cakap “Encik polis tolong saman kereta belakang ni, dia ikut dari tadi ni”. Lagi kelakar, kita dapat lihat daripada video pendek tu yang pemandu kereta Hilux seakan terkedu dan terus berhenti mengekori ambulans terbabit.

Pandai-pandai la selesaikan dengan abang polis tu. Siapa kata Myvi je selalu buat hal? Tengok dalam video tu, semua Myvi elok je dalam barisan masing-masing. Tiber!

Nak tengok video penuh boleh klik di bawah:

 

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *