AWAS! Hand Sanitizer Boleh Meletup Jika Ditinggalkan Dalam Kereta Yang Panas

Sumber imej: wapcar.my

Sudah menjadi norma baharu dalam masyarakat untuk membawa hand sanitizer ke mana sahaja. Dek kerana wabak Covid-19, anda pasti akan beli stok hand sanitizer dengan banyak untuk diletakkan di rumah, dalam kereta dan juga beg anda. Namun, tahukah anda hand sanitizer yang ditinggalkan di dalam kereta dengan keadaan cuaca Malaysia mampu membuatkan kandungan alkohol di dalam cecair tersebut meruap dan meletup!

Meletup? Betul, ini bukan main-main. Seorang professor dari Florida Gold Coast University, iaitu Dr Greg Boyce, juga pernah memberi amaran tentang bahaya simpan hand sanitizer di dalam kereta dengan suhu panas selain alkohol yang digunakan (jenis ethanol) mampu merosakkan interior kereta anda. Sudah banyak kes seluruh dunia yang merekodkan bahaya simpan hand sanitizer dalam kereta. Antaranya pada awal bulan May 2020, seorang remaja perempuan di UK hampir buta selepas hand sanitizer yang ditinggal dalam kereta Mercedes ibunya selama beberapa hari dalam cuaca panas telah meletup.

Sumber imej: mirror.co.uk

Kes terbaru pula lagi dahsyat. Kejadian yang berlaku di daerah Raipur, India telah menyebabkan sebuah kereta meletup gara-gara hand sanitizer. Jaga hygiene punya pasal, sekali kereta pun hancur. Secara logiknya, hand sanitizer mempunyai kandungan alcohol yang tinggi. Doktor pernah menyarankan untuk guna hand sanitizer dengan kandungan alkohol lebih dari 70%. Jadi memang logik la hand sanitizer boleh meruap dan bahaya kalau ditinggalkan dalam kereta. Kena pulak parking tempat panas, dengan cuaca Malaysia memang mengundang kemalangan yang tak diingini.

Sumber imej: sputniknews.com

Jadi apa harus kita buat? Senang cerita, anda boleh simpan hand sanitizer dalam botol kecil, dan bawa bersama anda. Letak je dalam beg tu, bukan berat pun. Paling penting jangan sesekali biarkan hand sanitizer tu dalam kereta. Kena ingat, cuaca Malaysia ni bahang dia bukan boleh buat main. Kadang boleh cecah sehingga 60 darjah celsius tau.

.

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.