Air Coke Juga Boleh Buat Cuci Kereta? Lagi Tips Murah Cuci Kereta Yang Lama Tersadai Semasa PKP

Read the English version of this article here.

Kereta anda lama tersadai masa PKP dan ada karat? Jangan risau sebab artikel kali ni kita akan share cara cuci dan kilatkan kereta anda guna benda yang mudah dan murah. Antaranya gunakan air Coca-Cola atau Coke, mayonis, soda bikarbonat dan banyak lagi. Hasilnya memang terbaik.

AIR COCA-COLA

Selain boleh buat minum, air Coca-Cola juga sebenarnya mampu dibuat sebagai pencuci kereta. Dah ramai share pasal kegunaan air Coke untuk cuci toilet, cuci duit syiling lama dan periuk kan? Sebenarnya banyak lagi kegunaanya. Boleh cuci bateri kereta, buang karat pada rim tayar malah kalau ada minyak kereta kat garaj tumpah pun anda boleh tuang je air coke ni. Hasilnya memang menakjubkan. Karat pun hilang. Jadi kalau masuk perut macam mana la agaknya yea? Pikir banyak kali nak buat minum. Gulp…

MINYAK ZAITUN

Minyak zaitun a.k.a olive oil ni memang banyak khasiat dan kegunaan. Sangat popular digunakan dalam masakan dan bahan asas produk kecantikan, kini anda mesti terkejut jika anda tahu yang minyak zaitun juga sangat bagus digunakan sebagai bahan penggilap dashboard kereta, lebih-lebih lagi jenis leather yang mempunyai permukaan yang agak sensitif. Letakkan sedikit minyak pada kain, kemudian lap dashboard tu. Memang berkilat. Ada juga yang kata habuk tak melekat sehingga 72 jam. Boleh cuba ni.

MAYONIS

Percaya atau tidak, selain sedap dibuat sandwich, mayonis juga boleh guna untuk buang sticker di cermin kereta anda. Mana la tau zaman muda-mudi semua jenis sticker korang nak tampal. Bila dah tua sikit baru menyesal nak buang. Caranya senang je. Ambik mayonis dan lumur pada sticker di cermin kereta tu, tinggalkan selama 15 minit. Lepas tu lap mayonis dan cuba buang sticker tu. Memang mudah sangat nak tanggal.

 

SODA BIKARBONAT

Alang-alang nak buat biskut raya tu mesti banyak beli soda bikarbonat kan? Apa kata ambik sedikit dan tabur kat seat kereta anda. Biarkan selama beberapa jam dan vakum. Bukan sahaja mampu bunuh pepijat kecik yang suka hidup kat kusyen kereta, malah soda bikarbonat juga boleh hilangkan segala jenis bau yang kurang menyenangkan. Tiada bau, tiada la lipas.

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.