Akibat Pamer Kereta Mewah, Puluhan Orang Kaya Ditangkap

Sumber imej: sasatimes.com

Akibat mempamerkan kekayaan dengan mengadakan perhimpunan kereta mewah di Moscow, kesemua jutawan yang terlibat ditangkap manakala 170 kenderaan mewah mereka disita oleh pihak polis Rusia. Ianya berikutan Vladimir Putin sangat anti dengan individu yang tidak sensitif dan mempamerkan kekayaan mereka di saat ekonomi negara itu tidak stabil dan ramai yang lainnya hidup dalam kesusahan.

Pada mulanya, penganjur perhimpunan dan para peserta yang terlibat menganggap bahawa perbuatan pihak polis itu hanyalah sebuah jenaka. Namun, Putin membuktikan bahawa dia sangat tegas dan melarang sebarang perhimpunan awam kecuali oleh pihak kerajaan. Dalam kejadian itu, terdapat ramai jutawan dan orang ternama yang ditangkap termasuk bekas Datuk Bandar Archangelsk, Alexander Donskoy, anak lelaki ketua Jabatan Pengangkutan Moscow, Oskar Liksutov serta Alexei Khitrov, jutawan yang terkenal dalam pasaran mata wang kripto.

Sumber imej: mirror.co.uk

Dalam satu ciapan yang tular di Twitter, mereka mengatakan bahawa jutawan itu semua lupa bahawa mereka hidup dalam pemerintahan diktator. Kesannya, kesemua pemilik kenderaan mewah seperti Lamborghini, Ferrari, Maserati, Rolls-Royce, Porsche dan Bentley ditangkap dan kereta mewah milik mereka disita.

Sumber imej: twitter.com

 

Sumber imej: dailymail.co.uk

Malah, Mikhail Dzhabarov yang juga seorang senator telah menggesa dan berkata bahawa “Kesemua jutawan itu patut dihantar untuk operasi ketenteraan di Ukraine. Jika jutawan itu semua tidak berguna untuk bertempur di bahagian hadapan, mungkin mereka mampu melakukan kerja-kerja belakang sebagai pengawal atau di hospital tentera.”

Selain itu, Ketua Gereja Ortodoks Rusia, Cyril I, juga mengkritik golongan muda yang memandu kenderaan Barat dan paderi itu turut berpendapat bahawa jutawan itu semua mengurangkan keadaan mental rakyat Rusia dengan tingkah laku mereka yang suka mempamerkan kekayaan masing-masing.

P/S: Nasib baik di Rusia. Kalau kat Malaysia lagi bersepah dengan ‘jutawan segera’ yang suka pamer kekayaan dengan memiliki kereta mewah walhal tak kaya mana pun. Kereta pun sewa je.

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.