7 Maut Akibat Parkir Bawah Tanah Ditenggelami Banjir Di Korea Selatan
Pada hari Selasa lepas, negara Korea Selatan telah dilanda Taufan Hinnamnor yang menyebabkan banjir terburuk di negara itu dalam tempoh 80 tahun. Kesan daripada bencana alam itu, banyak jalan raya serta stesen kereta api bawah tanah yang ditenggelami air sepenuhnya. Malah, hujan lebat yang bermula daripada hari Isnin telah menyebabkan banjir teruk di beberapa kawasan bandar raya dan turut menyebabkan kawasan parkir ditenggelami air.
Walaupun beberapa laporan dan amaran dikeluarkan daripada Pusat Pentadbiran Meteorologi negara itu termasuk langkah berjaga-jaga yang harus dipatuhi, namun hujan lebat ekstrem dan ribut terkuat dalam sejarah negara itu turut telah meragut banyak nyawa. Ini termasuk nyawa tujuh mangsa yang terperangkap di lot parkir bawah tanah apartment mereka di Pohang.
Dalam kejadian itu, kesemua mangsa sebenarnya cuba untuk mengeluarkan kenderaan masing-masing namun malangnya arus dan aliran air yang terlalu kuat dan cepat itu menyebabkan kesemua mangsa terperangkap. Hanya dua mangsa yang ditemui selamat apabila mereka berdua sempat berpaut pada paip siling parkir berkenaan sebelum berjaya diselamatkan selepas lebih 12 jam berpaut.
Namun apa yang boleh dipuji tentang pihak berkuasa Korea Selatan adalah kesan daripada kejadian ini, pihak berkuasa mereka terus mengeluarkan arahan untuk mengharamkan flat bawah tanah sempit yang selalunya murah untuk disewa yang dikenali sebagai ‘banjiha’. Ini kerana kediaman kecil itu sangat bahaya untuk didiami dan sering terdedah kepada banjir atau menyebabkan penghuni terperangkap.
P/S: Kalau kat Malaysia terbalik. Kalau ada kejadian macam ni, tak habis-habis dengan kenyataan “kami akan siasat” tapi tiada tindakan susulan pun. Yang ada hanya beberapa keping gambar YB cuci longkang.