SEJARAH PEUGEOT: DARI KILANG TEPUNG KEPADA JENAMA KERETA TERBAIK DUNIA.

SEJARAH PEUGEOT

Adakah anda tahu tentang sejarah Peugeot? Ia merupakan antara jenama kenderaan terbaik dan juga tertua di dunia, bermula sejak tahun 1810 lagi. Pada asalnya, keluarga Pierre mempunyai sebuah kilang tepung sebelum menukarkan kilang mereka kepada sebuah kilang keluli. Antara produk yang dihasilkan pada ketika itu termasuk mata gergaji, spring jam tangan termasuk skirt crinoline yang sememangnya menjadi trend fesyen pada abad ke-19. Tidak lama selepas itu, kilang tersebut juga berjaya menghasilkan mesin jahit, kopi dan juga pengisar lada. Jadi macam mana bisnes mereka bertukar menjadi pengeluar kenderaan?

Armand Peugeot's first motor car, 1890 - Stock Image - C045/0829 - Science  Photo Library
Sumber imej: sciencephoto.com

Semuanya bermula pada tahun 1890 apabila Armand Peugeot iaitu cucu kepada Jean-Pierre telah pun menggunakan kepakaran beliau dalam pembuatan basikal untuk membina casis tiub ringan dan menggabungkan ia kepada enjin dua silinder Daimler. Hasilnya, beliau berjaya membina kereta Peugeot pertama dengan menggunakan enjin petrol.

Pada tahun 1894, Peugeot telah pun memenangi perlumbaan motor pertama di dunia, iaitu pertandingan kereta tanpa kuda Puffy Huan. Selepas kejayaan tersebut, Armand Peugeot sangat yakin bahawa kereta akan menjadi sesuatu yang sangat penting pada masa akan datang dan beliau mula membina kereta sejak dari itu. Beberapa tahun kemudian iaitu pada tahun 1912, Peugeot telah pun membuka kilang pertama mereka di Sochaux, Perancis yang kini menjadi kilang kereta tertua di dunia dan paling terkenal di Perancis. 

Armand Peugeot | Automotive Hall of Fame
Sumber imej: automotivehalloffame.org

Ada apa dengan logo Peugeot?

Peugeot - Logo Evolutions (another version) | Logo evolution, Peugeot, Fiat  logo
Sumber imej: pinterest.com

Imej seekor singa sebagai logo Peugeot sebenarnya telah wujud sejak tahun 1847 semasa kilang Peugeot masih lagi merupakan sebuah kilang keluli. Logo Singa digunakan sebagai satu simbol kekuatan dan ketajaman (yang dilambangkan melalui taring singa) sebelum akhirnya logo itu telah disenaraikan sebagai nama jenama Peugeot pada tahun 1858. Pada tahun 1948 pula logo Peugeot mula digunakan pada kereta mereka dan pada tahun yang sama juga model Peugeot 203 telah diperkenalkan kepada orang ramai.

Peugeot Removed the Lion's Body From Its Logo to Usher In a New Age
Sumber imej: motorbiscuit.com

Kereta Peugeot yang paling ikonik?

Pada tahun 1984, Peugeot 205 telah pun dilancarkan. Ia merupakan sebuah kereta dengan reka bentuk yang sangat klasik selain menjadi antara salah satu kereta dengan pengendalian yang terbaik sepanjang zaman. Bayangkan, model ini sangat laku sehinggakan Peugeot berjaya menjual sehingga lebih lima juta Peugeot 205 pada ketika itu. Wow! Memang satu rekod yang sangat luar biasa. 

Peugeot 205 GTI Tolman Edition 2024 review – worth the £125,000 price tag?  | evo
Sumber imej: evo.co.uk

Kereta Peugeot yang paling banyak menang anugerah?

Model mana lagi jika bukan model SUV Peugeot 3008. Bayangkan, model ini telah memenangi sehingga lebih 65 anugerah antarabangsa! Lihat sahaja pada reka bentuknya yang sangat garang. Memang persis seekor singa yang mengaum di atas jalan raya! (Penulis pun memang jatuh hati tengok SUV Peugeot 3008 ni).


Sumber imej: focal.com

Model terbaharu keluaran Peugeot?

Sudah tentu Peugeot 408! Model ini baru sahaja dilancarkan oleh Stellantis Malaysia pada hujung bulan April 2024. Menariknya, ia bukan sahaja pernah memenangi anugerah reka bentuk terbaik Red Dot 2023 namun model ini juga turut menjadi model Peugeot pertama yang dilancarkan oleh Stellantis Malaysia.

Apa yang anda perasan tentang rekaan Peugeot 408 baharu? Sudah tentu rekaan kereta yang sangat elegan selain  masih mengekalkan ciri penting iaitu ‘taring singa’ pada bahagian lampu hadapan. Untuk bahagian belakang pula, reka bentuknya sangat sporti dan sangat sesuai untuk mereka yang berjiwa muda. Kacak sangat kereta ni! Patut la mereka mendapat banyak tempahan walaupun baru sahaja dilancarkan. Anda apa tunggu lagi? Jom kita serbu mana-mana bilik pameran Peugeot di seluruh Malaysia sekarang atau layari Peugeot 408.

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.