Wyoming Haramkan Penjualan EV Tahun 2035?

Walaupun hampir seluruh dunia kini mula menerima penggunaan dan penjualan kenderaan elektrik (EV), namun lain pula kes di Wyoming, Amerika Syarikat. Menurut wakil senator Jim Anderson:

“Kalau anda tak suka kereta petrol kami, kami juga tidak suka pada kenderaan elektrik (EV) anda”

Kenapa boleh jadi macam tu? Ada dua sebab utama mengapa wakil senator itu berkata sedemikian. Yang pertama adalah disebabkan infrastruktur untuk penduduk Wyoming masih lagi jauh ke belakang. Dengan kepadatan penduduk yang sangat rendah, iaitu kurang daripada 600,000 orang, masih ada antara penduduk Wyoming yang tinggal di luar bandar dan tidak mempunyai akses kepada internet. Maka, dengan kekurangan infrastruktur, penggunaan EV dianggap masih tidak praktikal untuk mereka disebabkan akses terhad kepada pengecasan kenderaan elektrik.

Sumber imej: autoweek.com

Antara sebab lain kenapa mereka ingin mengharamkan penjualan EV menjelang tahun 2035 pula adalah kerana mereka yakin langkah itu akan membantu melindungi industri minyak dan gas serta melindungi keupayaan Wyoming untuk berdagang dengan negeri lain. Ini kerana sumber Wyoming itu sendiri sebenarnya bergantung kepada hasil minyak dan gas. Malah, pada tahun 2021, Wyoming telah menghasilkan lebih 85 juta tong minyak mentah, sekali gus menjadi negeri pengeluar minyak ke-8 terbesar di Amerika Syarikat.

Sumber imej: county17.com
No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.