Adik Lepasan SPM Nak Ambik Lesen? Harap Elak Tabiat Ni Lepas Dapat Lesen

Source: metrodriving.com.my

Sepanjang menunggu result SPM, memang menjadi kebiasaan untuk ambik lesen memandu sebelum melangkah ke alam universiti. Jadi, amat penting untuk tahu tabiat yang harus dielakkan semasa memandu. Sebab, proses belajar memandu ni pun sama macam peribahasa melentur buluh biar dari rebungnya. Bermaksud, dari awal la dah belajar cara betul dan mana yang salah buat supaya bila dah reti memandu kelak, hanya tabiat yang baik diamalkan. Tak gitu?

1. ELAK TABIAT MALAS BAGI SIGNAL

Source: thereporter.my

Siapa boleh lupa kes wanita kena lempang oleh seorang lelaki gara-gara dia tak bagi signal. Benda ni paling basic la dalam pemanduan. Bukan susah pun, cuma ketik jari sikit je. Tak menggunakan tenaga ibarat angkut sekampit beras. Tu pun susah ke? Tabiat malas bagi signal ni jangan amalkan. Percaya la, kalau dari muda tak reti, sampai ke tua bangka pun tabiat ni tak hilang.

2. ELAK TABIAT PENGOTOR

Source: gloucestershirelive.co.uk

Source: chill.ie

Mak aiii… Pengotor nye la. Kalau masuk kereta member bau kepam tu agak normal. Tapi jangan la sampai sampah pun main campak je. Tabiat pengotor ni hanya satu makhluk yang suka iaitu lipas. Kalau nak kereta dipenuhi lipas, silakan la jadi pengotor. Kalau dah dalam kereta pun macam tong sampah bergerak, exterior kereta entah macam mana la kan. Siap boleh lukis mural agaknya! Yang lagi pengotor? Korek hidung leset kat stereng. Pernah nampak okay?! Dia ingat cermin tinted kot. Padahal cermin macam akuarium! Euuuww..

3. ELAK TABIAT MALAS NAK ISI MINYAK

Source: auto.howstuffworks.com

Bila dah simbol minyak tu berkedip-kedip, jangan buat tak tahu. Sila la terus ke stesen minyak berdekatan dan isi minyak. Lain la kalau korang tu pakai kereta elektrik ala-ala Tesla. Minyak harga pasaran Malaysia kan murah? Tahun depan naik pun 1 sen je setiap minggu. Kata mereka la. Lagipun, kalau tak isi banyak, isi sikit pun jadi asal jangan selalu biarkan minyak dah berkedip baru nak isi. Silap-silap boleh rosak fuel filter dan enjin kereta.

 

4. ELAK PAKAI MAKEUP DALAM KERETA (PENUMPANG ATAU PEMANDU)

Source: teenvogue.com

Dah banyak kali sangat tengok perempuan samada penumpang atau pemandu sendiri yang pakai makeup dalam kereta. Bagi perempuan yang suka sangat melaram tu, kalau nak makeup sangat, sila berhenti dulu di mana-mana tempat yang selamat. Nah, kalau nak buat makeup review, cara belit tudung, supplement dan jamu kasi gebu gebas pun pastikan bukan dalam kenderaan yang sedang bergerak. Jangan jadi macam kes di Thailand tahun lepas. Bayangkan eyeliner tertusuk dalam mata! Erkk..

Source: nextshark.com
No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *