Sumber Untuk EV Tidak Mencukupi – Toyota

Sumber imej: reuters.com

Menurut saintis terkemuka Toyota Motor Corp, kekurangan sumber utama dalam pembuatan kereta eletrik (EV) bermaksud kenderaan dengan bateri elektrik (BEV) tidak boleh menjadi satu-satunya jawapan bagi sektor automotif. Ianya sama seperti yang pernah dikatakan oleh presidennya sebelum ini di mana jika semua kereta berkuasa petrol dan diesel ditukarkan kepada elektrik sepenuhnya, maka akan ada masalah lain yang akan timbul.

Sumber imej: arstechnica.com

Lithium, contohnya, ialah bahan terpenting dalam menghasilkan bateri kereta namun disebabkan oleh permintaan terhadap kereta elektrik semakin meningkat, maka bekalan lithium seluruh dunia telah mengalami tekanan. Selain itu, menurut Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA), dunia bakal menghadapi masalah kekurangan lithium menjelang tahun 2025 selain 2 bilion EV perlu berada di pasaran menjelang tahun 2050. Justeru itu, walaupun rancangan asal menggunakan kenderaan elektrik adalah dengan tujuan mengurangkan pencemaran alam sekitar, namun bekalan lithium yang sangat terhad mungkin akan mendatangkan masalah yang lebih mencabar kelak.

Oleh sebab itulah walaupun jenama kenderaan lain di seluruh dunia berpusu-pusu ingin menghasilkan kenderaan elektrik, namun tidak bagi Toyota yang masih dilihat ‘santai’. Walaupun ramai pelabur dan kumpulan aktivis alam sekitar selalu mengkritik Toyota kerana masih menghasilkan kenderaan dengan ‘teknologi lama’,  namun Toyota masih dengan prinsip mereka iaitu peralihan ke kereta elektrik bukan penyelesaian utama. Sebab itulah Toyota dilihat sebagai antara yang paling lewat menceburi pasaran EV dan Toyota juga tetap bertegas bahawa pesaingnya sedang melakukan kesilapan kerana terlalu memberikan tumpuan kepada EV sahaja.
Apa pandangan anda?

Sumber imej: imgflip.com

 

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.