Remaja Bina Kereta Sendiri Bernilai RM800
Kalau tak mampu beli kereta, baik buat sendiri. Itulah yang dilakukan oleh seorang remaja berusia 18 tahun yang berasal dari Ghana – dia membina kereta sendiri dengan menggunakan bahan buangan dan besi buruk!
Boleh bergerak ke kereta ni? Anda boleh tengok video penuh di bawah oleh seorang Youtuber bernama Drew Binsky apabila dia melawat remaja tersebut di Ghana untuk melihat sendiri kereta unik tu:
Lagi menarik, kereta yang mengambil masa selama tiga tahun untuk disiapkan tu bukan hanya mengambil kos sebanyak USD$200 (RM 800) sahaja, malah kereta tu juga siap boleh buka pintu macam kereta sports Lamborghini. Memang hebat la ciptaan budak ni. Dia tidak menjadikan kedaifan hidupnya sebagai halangan untuk membina kereta sendiri.
Menurut ibunya, remaja bernama Kelvin ni memang seorang yang rajin dan kreatif. Setiap kali selepas pulang ke rumah, dia akan menghabiskan masanya di dalam bengkel dan selepas tiga tahun, mereka bangga dengan hasil keras Kelvin.
Untuk pengetahuan anda, kereta buatan tangan Kelvin ni bukan biasa-biasa tau. Kereta ni boleh bergerak seperti kereta lain, ada gear undur, dashboard kayu, sistem audio termasuk suspension system. Sekali imbas, macam prototaip supercar pun ada.
Menurut Kelvin, semasa proses nak siapkan kereta tu pelbagai cabaran yang terpaksa dia lalui. Antaranya herdikan daripada orang sekeliling. Tapi sekarang, yang mengherdiknya tu terus terdiam apabila hasil kerjanya itu telah mendapat perhatian dari seluruh dunia. Malah, Kwadwo Safo, iaitu CEO kepada Kantanka Automobile, telah berjanji yang dia sendiri akan menjadi mentor kepada remaja ini. Selain tu, banyak juga pihak universiti menawarkan kos secara percuma kepada remaja berbakat ni.
Hebatlah kau, dik.