Subsidi Bahan Api Malaysia Mengikut Jenis Kenderaan. Setuju Atau Tidak?

Golongan M40 dan T20 Kena Bayar Harga Lebih Tinggi Daripada B40 Untuk Minyak Kereta?

Sumber: utusan.com.my

Sudah beberapa kali kerajaan kita merancang untuk memperkenalkan mekanisme memberi subsidi bahan api bersasar mengikut kategori individu. Ini bermaksud golongan berpendapatan lebih tinggi kena bayar harga minyak lebih mahal. Secara kasar, golongan T20 dan M20 bakal membayar harga bahan api lebih tinggi daripada golongan B40. Adilkah?

Memang betul golongan B40 perlu dibantu namun adakah ianya adil buat golongan M40 dan T20? Malah penganalisis Ekonomi Pusat Pendidikan Kewangan Islam Antarabangsa, iaitu Profesor Madya Dr Baharom Abdul Hamid, juga berkata bahawa kerajaan sepatutnya tidak mengetepikan golongan M40 dan T20 dalam memberikan subsidi bahan api. Jelas beliau lagi, semua orang termasuk golongan M40 dan T20 yang membayar cukai jalan dan cukai pendapatan yang tinggi juga turut terkesan dengan kenaikan harga bahan api di pasaran. Apa pendapat anda? Adakah ianya adil jika dilaksanakan?

Sumber imej: ihangat.com

Sebenarnya cadangan yang diutarakan oleh Datuk Seri Mohamed Azmin Ali selaku Menteri Perdagangan dan Industri ini bukanlah idea baharu. Sebab cadangan yang mana ‘kalau anda pakai BMW anda tak boleh dapat subsidi bahan api seperti Kancil’ ATAU ‘jika anda kaya, anda tidak akan dapat banyak subsidi’ ini pernah juga digunakan oleh salah satu program atau dasar Barisan Nasional terdahulu semasa di bawah Perdana Menteri ke-6, Datuk Seri Najib Razak. Macam pi mai pi mai tang tu. Tukar la kerajaan banyak kali pun, cadangan tetap tak berubah. Kan?

Sumber imej: biswardihasbi.wordpress.com

UBAH RON95 KEPADA RON98. KLIK SINI:

@thanakrishnan28

Life Hack : Cheap Premium Fuel #x1rmalaysia #porsche #porsche986

♬ original sound – Thana Krishnan YouTube – Thana Krishnan YouTube

Menurut Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam sidang media Misi Promosi Perdagangan dan Pelaburan ke Amerika Syarikat, kerajaan kita pada ketika ini masih berusaha untuk merangka struktur terbaik berikutan kenaikan mendadak subsidi bahan api yang melebihi dua kali ganda berbanding tahun sebelumnya (RM 28 bilion berbanding RM 11 billion tahun lalu).

Sumber imej: Aljazeera.com

Kalau tak silap, Malaysia merupakan negara ‘net exporter’ minyak mentah yang mana jika berlaku kenaikan harga minyak dunia, negara kita menerima ‘habuan’ yang sangat besar. Menurut Ketua Pakar Ekonomi Bank Islam Malaysia Berhad, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, pada awal bulan Mac 2022, kerajaan juga dijangkakan bahawa kenaikan bagi setiap AS$1 bagi setiap tong minyak mentah juga akan menambah sehingga RM 300 juta pendapatan Malaysia. Apa yang peliknya, untung banyak, tapi kenapa pula rakyat kita yang kena potong subsidi?

Sumber imej: irijukan.my

Sumber imej: imgflip.com

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.