Warga Emas Yang Dibelasah Di Padang Jawa Buat Sidang Media. Tapi Netizen Tak Puas Hati?

Sumber imej: malaysiapost.com.my

Beberapa hari lepas, tular tentang satu kejadian di Padang Jawa yang melaporkan seorang lelaki warga emas teruk dibelasah seorang pemuda berusia 23 tahun. Dalam kejadian tersebut, warga emas berkenaan dikatakan sedang dalam perjalanan ke Putrajaya bersama isteri dan cucunya sekitar jam 12 tengah hari. Semasa beliau ingin membelok ke Alam Avenue, seorang pemuda yang menunggang motosikal Yamaha Y15 dilaporkan telah menjerit dan memarahi mangsa sebelum berlaku pergaduhan.

Sumber imej: thenews.com.my

Dalam satu rakaman yang tular, pemuda itu yang memakai topi keledar telah memukul warga emas terbabit bertubi-tubi sehingga menyebabkan warga emas itu mengalami bengkak bawah mata, kepala dan juga pada bahagian rusuk. Tidak lama selepas itu, pergaduhan berjaya dileraikan oleh orang awam (pemuda itu juga dipukul orang ramai yang melihat kejadian itu) dan akhirnya warga emas itu membuat laporan polis pada jam 2 petang.

UBAH RON95 KEPADA RON98. KLIK SINI:

Jika melihat kepada kejadian atau video yang tular, kita gambarkan bahawa pemuda tersebut tidak sepatutnya memukul warga emas sedemikian. Beliau sepatutnya lebih bertolak ansur atau sabar dengan pengguna jalan raya yang lain. Namun, ramai juga netizen yang dilihat menyebelahi pemuda tersebut dan mengatakan bahawa agak mustahil jika seseorang itu untuk marah serta memukul tanpa sebab yang kukuh. Malah ada juga beberapa ‘saksi’ mengatakan punca sebenar pemuda itu naik angin adalah disebabkan oleh warga emas itu telah menunjukkan isyarat lucah (jari tengah) kepadanya.

Sumber imej: trendingsangat.pw

Enggan difitnah dan memburukkan keadaan, warga emas tersebut telah membuat satu sidang media secara langsung bersama Sinar Harian untuk menceritakan tentang kejadian tempoh hari. Video itu telah ditonton oleh beratus ribu warganet, namun rata-rata netizen yang meninggalkan komen dilihat seperti tidak puas hati. Kenapa? Ada yang merasakan sidang media ini hanya gilakan jumlah tontonan, malah ada yang merasakan ianya tidak adil jika hanya mendengar daripada sebelah pihak sahaja.

Sumber: facebook.com

Betul juga tu. Sepatutnya kalau nak dengar penjelasan, kena dengar dari kedua-dua belah pihak kan? Macam kes Johnny Depp lawan Amber Heard tu. Mula-mula memang ingatkan Johnny Depp tu kaki pukul, sekali terbalik daaaa….

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.