Seram! Penampakan 5 Gambar Misteri Selepas Kemalangan Jalan Raya

Source: sensasiselalu.blogspot.com

Kisah seram yang berlaku di lebuhraya utama itu sudah sebati dengan masyarakat kita. Ada yang percaya bulat-bulat dari cerita yang didengari. Ada juga yang mahukan bukti. Nah, bagaimana pula sekiranya bukti penampakan misteri itu hadir di dalam gambar yang diambil? Lebih-lebih lagi kalau gambar yang diambil itu semuanya datang dari lokasi kejadian? Betul ke atau edit pakai Photoshop?

1. Tangan Misteri Muncul Dari Tingkap Kereta

Source: gempak.com

Bulan Ogos tahun ni tular video di Facebook dan Whatsapp menunjukkan video berudasi 1 minit menunjukkan sebuah kereta Viva yang ditarik keluar dari gaung berdekatan Jalan Gombak Lama. Apa yang peliknya? Ramai orang tertarik pada minit ke 0.42 saat, dimana sesuatu yang kelihatan seperti tangan besar keluar melalui tingkap. Ada netizen yang takut, namun ada juga yang komen ‘tangan’ tersebut merupakan kain yang tertarik ke dalam apabila kereta tersebut ditarik naik ke atas. Hmm…Yeake?

2. Kelibat Budak ‘Pelik’ Di Plaza Tol Selepas Kemalangan

Source: pulsk.com

Gambar ni diambil dari sebuah akhbar bahasa Cina. Kejadian ni dipercayai berlaku sekitar tahun 2007/2008 di sebuah plaza tol di Malaysia. Kemalangan yang berlaku pada ketika itu telah meragut nyawa seorang lelaki yang juga pemandu kepada bus sekolah terbabit. Namun apa yang peliknya? Cuba korang perhatikan dalam bulatan merah tu? Seakan kelibat budak lelaki berbaju biru kat atas tu kan? Nak kata manusia mustahil, sebab anak siapa yang nak panjat plaza tol selepas kejadian tu?

 

3. Imej Budak Di Kemalangan Maut Gua Musang – Kuala Krai

Source: utusan.com.my

Jangan main-main kau. Hantu pun masuk berita Utusan sekarang. Seorang pegawai bomba tidak menyangka gambar di lokasi kemalangan maut yang berlaku tahun lepas telah menimbulkan pelbagai reaksi dari semua pihak. Imej pelik yang menyerupai seorang kanak-kanak tersenyum itu dikatakan diambil semasa anggota bomba lain melakukan proses mengeluarkan mangsa maut yang tersepit. Lagi misteri, mangsa keseorangan pada hari kejadian. Jadi budak mana yang tersengih tu?

4. Jelmaan 3 Manusia Di Kemalangan Kuantan-Gambang

Source: rebanas.com

Kes ni pulak tular selepas masuk akhbar Kosmo. Kejadian ni berlaku sekitar tahun 2011/2012 yang melibatkan sebuah kereta BMW di Jalan Kuantan-Gambang. Nasib naik BMW, sebab semua mangsa hanya cedera ringan walaupun kereta remuk teruk selepas berlanggar pokok. Namun yang tular bukan sebab kemalangan tu. Tapi sebab penampakan 3 manusia yang berdiri dalam semak di lokasi selepas kejadian. Perhatikan jenis baju yang dipakai. Seakan baju yang dipakai pada remaja perempuan era 70an / 80an kan?

5. Imej Seakan Wanita Terapung Di Batu 32, Sandakan, Sabah.

Source: sabahup2date.blogspot.com

Kalau manusia, dia tak akan terapung atau terbang. Lain kalau kau pakai “Jetpack”. Kali ni gambar dengan imej misteri seperti dalam bulatan tu diambil selepas kemalangan lori terbalik di Checkpoint Batu 32, Sandakan, Sabah sekitar tahun 2014/2015. Kata lelaki milik gambar ni, dia hanya perasan kemunculan ‘wanita’ tu hanya selepas meneliti gambar terbabit. Jengah apa tu kak oi?

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.