Mayat Ditanam Bersama Kereta dan Motor Kesayangan. Antara Wasiat dan Hadiah Pelik Daripada Waris Untuk Si Mati

Biasa kalau orang meninggal, kita hanya tahu prosedur yang normal masyarakat kita buat kan? Bagaimana pula jika ada si mati yang sebelum akhir hayatnya, pernah request untuk ditanam bersama kereta atau motor kesayangan masing-masing? Kereta atau motor yang ditanam bukan harga biasa-biasa tau—ada yang sampai mencecah jutaan ringgit.

Source: tribune.com

Seorang lelaki kaya dari Nigeria telah menggemparkan dunia pada tahun 2018 apabila beliau telah menggantikan keranda ayahnya dengan kereta BMW X5. Azubuike, telah membeli kereta tersebut dari showroom BMW pada harga USD66,000 (RM270,600). CASH!

Billionaire Dari Enugu Menghadiahkan Ibu Hummer Jeep Sebagai Keranda.

Source: worthytales.net

Pada tahun 2015, seorang billionaire yang berasal dari wilayah Enugu telah menanam mayat ibu kesayangannya bersama sebuah Hummer Jeep. Bukan itu sahaja, kereta tersebut juga telah ditaburkan dengan wang tunai sebanyak USD10,000 (RM41,000) sebelum ditanam bersama ibunya. Yang ni memang dah tahap kaya sangat ni.

 

Permintaan Terakhir Lelaki Ohio – Ditanam Bersama 1967 Harley Davidson.

Kerana terlalu sayangkan motosikalnya, seorang lelaki Ohio iaitu Billy Standley telah meminta agar ahli keluarganya menanam beliau bersama dengan 1967 Harley Davidson miliknya apabila beliau meninggal dunia. Wasiatnya itu ditunaikan apabila beliau ditanam bersama motosikal tersebut di dalam see-through class casket pada tahun 2014.

Sandra West, Socialite Hollywood Ditanam Bersama Ferrari 330 America.

Source: imagenesmi.com

Pada tahun 1977, bekas isteri kepada multimillionaire dari Texas dan juga socialite Hollowood, Sandra West, telah mewasiatkan agar dia ditanam bersama salah satu daripada Ferrari miliknya. Pada ketika itu, Ferrari cuma menghasilkan 50 unit Ferrari jenis 330 America dan wasiatnya juga menegaskan sekiranya waris beliau enggan menuruti wasiat tersebut, mereka tidak akan mewarisi kekayaan beliau.

Lelaki Dari China Ditanam Bersama Hyundai Sonata.

Source: kwiknews.my

Qi, seorang lelaki dari wilayah Hebei, Hong Kong telah mewasiatkan agar dia ditanam bersama kereta kesayangannya, Hyundai Sonata selepas kematiannya. Video upacara pengkebumiaanya telah ditonton lebih dari 1.6 juta melalui Weibo pada tahun 2018. Penduduk kampung mengatakan bahawa si mati memang terlalu meminati kereta dan ingin ditanam bersama-sama kereta miliknya itu.

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *