PROTON X50 2024. DIKEMASKINI PADA HARGA SAMA, PENGALAMAN BERBEZA!

proton x50 2024

SUV kompak segmen-B paling popular di Malaysia, PROTON X50 2024 baru sahaja dilancarkan dengan pelbagai kemaskini yang lebih hebat namun pada harga yang sama! 

Antara kemaskini yang ditawarkan adalah termasuk PROTONLink, NVH (Noise, Vibration & Harshness) serta power tailgate yang mana kesemua ciri ini amat penting untuk penambahbaikan dari segi keselamatan, ketahanan serta keselesaan yang lebih menyeluruh buat pemandu serta penumpang Proton X50 2024.

proton x50 2024

Ditawarkan dalam empat varian iaitu 1.5T Standard (bermula RM 86,300), 1.5T Executive (RM 93,300), 1.5T Premium (RM 101,800) dan 1.5 TGDi Flagship (RM 113,300), ternyata kesemuanya pasti akan membuatkan pemilik model sebelumnya menggigit jari. Mana tidaknya jika kesemua varian dalam model terbaharu ini akan mendapat kelengkapan infotainment bersama skrin 10.3-inci, mendapat sokongan aplikasi PROTONLink yang mana pemilik boleh memiliki akses tertentu hanya dengan menggunakan telefon pintar serta turut mendapat pakej NVH bagi mengurangkan bunyi di dalam kabin. Yang penting, kesemua ciri ini akan membuatkan pemandu terasa lebih selesa, selamat dan yakin dalam apa jua jenis pemanduan.

proton x50 2024

Nak tahu apa lagi yang berbeza? 

Varian 1.5T Standard: Dilengkapi empat beg udara, rim bersaiz 17-inci, lampu LED bersama DRL sementara serta kamera undur dan dikuasakan dengan 1.5-liter turbo yang menghasilkan 150PS dan 226Nm tork.

Varian 1.5T Executive: Dilengkapi enam beg udara, stereng dan tempat duduk dengan balutan kulit (leather) serta lampu kabus dan lampu automatik, dikuasakan dengan 1.5-liter turbo yang menghasilkan 150PS dan 226Nm tork.

Varian 1.5T Premium: Dilengkapi Tyre Pressure Monitoring System (TPMS), rim bersaiz 19-inci, kamera 360 darjah, security-tint bersama kemasan dua-rona di dalam kabin selain dikuasakan dengan 1.5-liter turbo yang menghasilkan 150PS dan 226Nm tork.

Varian 1.5T TGDi Flagship: Dilengkapi sistem bantuan ADAS (Advanced Driver Assistance Systems), warna badan luaran dwi-tona serta bumbung panoramik dan yang paling penting varian ini yang paling berkuasa iaitu 1.5-liter TGDi yang menghasilkan 177PS dan 255Nm tork.

proton x50 2024

Lagi menarik, Proton X50 2024 turut didatangkan dalam lima warna berbeza; Snow White, Armour Silver, Jet Grey, Ocean Blue serta Passion Red yang mampu membuatkan anda semua rambang mata! Semua kacak bergaya! Jadi apa yang anda tunggu lagi? Cepat-cepat buat tempahan segera kerana kini Proton menawarkan pakej tempahan awal bersama diskaun sehingga RM 7,000 kepada 5,000 tempahan pertama sebelum 31 Julai 2024. 

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.