Pesalah Trafik Singapura Akan DILARANG Keluar Dari Malaysia

 

Pesalah trafik Singapura yang gagal bayar saman tertunggak trafik dan berstatus waran tangkap akan berdepan tindakan DILARANG keluar dari Malaysia.

Mengikut satu laporan statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Siasat dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) kepada pesalah trafik Singapura dari tahun 2016 sehingga 2021, sebanyak 108,757 saman yang belum dijelaskan daripada 143,427 saman berdaftar. Maksudnya, daripada jumlah saman keseluruhan yang dikeluarkan kepada rakyat Singapura yang melakukan kesalahan trafik di Malaysia, hanya 24.1 peratus daripada mereka yang menjelaskan saman.

Sumber imej: utusan.com.my

Jika dilihat pada jenis kesalahan yang dilakukan, antara lima kesalahan utama ialah:
1. Memandu melebihi had laju yang ditetapkan.
2. Memotong barisan.
3. Melanggar lampu isyarat.
4. Tidak memakai tali pinggang keledar.
5. Abai isyarat lalu lintas.

Mengikut Pengarah JSPT Bukit Aman, Datuk Mat Kasim Karim, beliau menegaskan bahawa mana-mana individu warga Singapura yang melakukan kesalahan trafik dan saman tertunggak serta berstatus waran tangkap – Pol 170A atau Pol 257 di bawah Seksyen 667 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan di bawah Seksyen 24(4) Akta Polis 1967 – boleh ditangkap dan dituduh di mahkamah dengan segera. Menurut beliau lagi, pihak polis juga sering mengadakan Operasi Saman Tertunggak Warganegara Asing (OSTWA) bagi mengambil tindakan terhadap pesalah trafik warganegara Singapura.

Sumber imej: thestar.com.my

 

Jadi, jika ada warganegara yang nak jelaskan saman mereka sebenarnya boleh sahaja membuat bayaran melalui portal dan aplikasi MyBayar Saman yang juga boleh diakses melalui http://mybayar.rmp.gov.my atau memuat turun melalui platform Apple AppStore, Google Playstore dan Huawei AppGallery. Cukup mudah dan ringkas.

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.