Pandu Uji: Patutlah Tesla Model 3 Adalah Kereta Elektrik Paling Laku. Ini Sebabnya.

Pengalaman pertama kali memandu kereta elektrik, lebih-lebih lagi daripada jenama Tesla, memang membuatkan kami daripada Automology sangat teruja! Bila diberi peluang keemasan daripada pihak G-Mart Corporation untuk pandu uji sebuah Tesla Model 3, memang kami tidak akan sia-siakan.

UBAH RON95 KEPADA RON98 DENGAN X-1R OCTANE BOOSTER:

Bermula daripada pintu, kelihatan seakan tiada handle. Rekaan yang sangat kemas, sekilas pandang terus teringat pada handle pintu sebuah Aston Martin. Di saat masuk sahaja ke dalam Tesla Model 3, memang terasa ‘WOW’ sangat dengan rekaan kabinnya! Seolah-olah berada di dalam sebuah ‘komputer’. Tiada sebarang butang/tombol yang biasa dilihat pada kenderaan biasa yang lain. Ini kerana semua fungsi pada kereta ini terletak di sebalik skrin sesentuh. Bayangkan, nak buka glovebox pun kena gunakan skrin sesentuh tau.

Sumber imej: youtube.com

Antara perkara lain yang cool tentang kereta Tesla Model 3 adalah anda siap boleh main games dalam kereta ini. Selain itu, kalau setakat nak tengok Netflix, Youtube atau Hulu secara atas talian pun boleh. Jadi, kalau tengah nak caj kereta tu, rasanya boleh la melayan games atau filem kegemaran kot. Hilang sikit rasa bosan tu.

Sumber imej: notateslaapp.com
Sumber imej: whichcar.com.au

Pandu Uji Tesla Model 3:

Saat yang paling ditunggu-tunggu adalah apabila kami diberikan keizinan untuk memandu dan pandu uji kereta ini. Bahagian ni yang paling kami rasa teruja sekali. Bukan calang-calang orang boleh merasa untuk memandu kereta Tesla di Malaysia ni kan?

Di saat memandu Tesla Model 3, memang terasa satu perasaan yang lain daripada sebelumnya. Perasaan teruja nampaknya mengatasi perasaan takut. Tapi yang paling penting, tahap kelajuan, tork dan ‘power’ yang terdapat pada kereta Tesla Model 3 ini bukan main-main. Jadi, di sini kami mula faham kenapa kereta ini mampu mengalahkan BMW M3 dan Audi RS4 dalam drag race yang dilakukan di luar negara sebelum ini. Jadi, kalau nampak kereta Tesla Model 3 kat luar, jangan acah-acah ajak race atau cucuk belakang. Takut sekali Tesla Model 3 tekan, terus lesap daripada pandangan. Nampak je bentuk kecil dan comel tapi power dia memang lain macam!

Selain daripada kuasa yang hebat, kami juga suka pada sistem keselamatan dan features lain yang terdapat dalam Tesla Model 3 ini. Semasa memberikan signal, skrin turut akan memaparkan sisi tepi kereta ini supaya pemandu lebih peka dengan keadaan sekeliling. Jadi memang tiada masalah titik buta atau blindspot sebab kamera kereta ini pun memang ada di setiap sisi. Jadi sebab itu kita boleh melihat semua sudut (360 darjah). Lagi menarik, bukan sahaja ada banyak kamera, malah skrin yang memaparkan rakaman kamera pun sangat jelas seperti definisi tinggi (HD).

Sumber imej: electrek.co
Sumber imej: eetasia.com

Jadi, untuk sesiapa yang rasa nak lihat kereta elektrik atau ingin memiliki kereta elektri di Malaysia, sila cepat-cepat ke salah satu cawangan G-Mart Corporation yang terletak di Sg. Ramal, Kajang. Ada banyak sangat pilihan kereta menarik yang ada di sana. Senang cerita kereta Tesla tu tersusun kat sana! Malah, kereta elektrik MG ZS EV pun ada lah!

P/S: Sesekali masa memandu mata akan tengok berapa banyak lagi bateri kereta Tesla Model 3 ni yang masih berbaki. Bukan apa, ada juga perasaan takut bateri habis.

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.