Pernah Dijemput Bagi Ceramah Di Sekolah, Ikon Permotoran Anak Muda Rupanya Tiada Lesen Memandu?

Haqiem Stopa. Seorang influencer TikTok yang banyak mengundang perdebatan di kalangan warganet. Antaranya apabila Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, pernah menggelar Haqiem Stopa sebagai ‘Ikon Permotoran Anak Muda’ sehingga membuatkan ramai tertanya, apa jasanya pada dunia permotoran negara sehingga layak digelar sedemikian? Bahkan, pelumba negara pun pernah cabar Haqiem Stopa untuk berentap di litar.

Kemudian, namanya sekali lagi hangat diperkatakan apabila seorang ‘mat rempit’ yang mempunyai 900,000 pengikut di TikTok dijemput untuk memberikan ceramah di SMK Sungai Besi. Bayangkan mat rempit popular datang bagi ceramah motivasi pada pelajar di sekolah menengah. Dah tak ada orang lain ke untuk bagi ceramah motivasi di sekolah?

Terbaru, nama Haqiem Stopa sekali lagi menjadi bualan malah turut menjadi bahan jenaka warganet apabila tular beliau didakwa tidak mempunyai lesen memandu. Hebat tak Malaysia? Tiada lesen tapi boleh dijadikan ikon permotoran? Ini memang lawak, boleh lawan lawak sendu di Crackhouse Comedy Club.

Apabila teruk dihentam warganet, Haqiem Stopa tampil menjelaskan perkara sebenar di mana beliau sebenarnya disaman bukan kerana kesalahan tidak mempunyai lesen motosikal, tetapi disaman kerana memandu sebuah kereta jenis Audi tanpa lesen memandu kereta (D), selain nombor plat kereta mewah miliknya itu tidak mengikut spesifikasi. Katanya dia terpaksa memandu kereta itu sebab pemandu peribadinya terlalu penat.
UBAH RON95 KEPADA RON98 DENGAN X-1R OCTANE BOOSTER:
Sebenarnya, hari-hari ada yang kena saman gara-gara memandu tanpa lesen. Cuma dalam kes Haqiem Stopa ni, beliau menjadi bahan jenaka warganet sebab jolokan ikon permotoran anak muda tu lah. Ini semua salah Pak Menteri. EH?