Pameran Auto Malaysia Kini Kembali Selepas Tiga Tahun Rehat

Sumber imej: themalaysianreserve.com

Pameran Auto Malaysia atau Malaysia Autoshow kini bakal kembali semula pada Mei 2023 selepas tiga tahun direhatkan kerana Covid-19. Kali terakhir diadakan pada tahun 2019, Pameran Auto Malaysia 2023 bakal dianjurkan bermula 4 hingga 7 Mei 2023 di Taman Ekspo Agro Malaysia Serdang (MAEPS).

Sumber imej: thesundaily.my

Pameran auto edisi keenam ini dianjurkan oleh Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) dengan menggunakan tema ‘Mobility Redefined’ sekaligus meluaskan skop pameran automotif dan permotoran Malaysia dengan teknologi penting dan sektor mobiliti Malaysia yang beroperasi dalam era digital. Selain itu, konsep pameran tahun ini juga bakal melakukan penambahan ciri baharu termasuk Pameran Motorsikal Malaysia (termasuk basikal sukan dan basikal laluan lasak) dan Pameran EV Malaysia dan Charged.

Pihak MARii turut berkata bahawa pameran ini sangat penting bukan sahaja sebagai satu pameran berkaitan dunia automotif malah acara ini juga mampu mendidik pengunjung, khususnya generasi muda, tentang aspek penting sesebuah kenderaan termasuk perlindungan alam sekitar, teklogi dan kejuruteraan tempatan.

Selain itu juga, pihak MARii turut menyediakan laluan sepanjang tiga kilometer untuk pengunjung menguji kenderaan terbaharu selain mengambil bahagian dalam aktiviti lain yang bakal berlangsung di dalam ruang seluas 30,000 meter persegi di tapak pameran MAEPS.

Jadi, bagi sesiapa di sini yang memang peminat kereta, motosikal atau apa-apa jenis kenderaan di Malaysia, jangan lepaskan peluang untuk datang ke Pameran Auto Malaysia 2023 pada 4 hingga 7 Mei 2023 di MAEPS. Kalau tahun 2019 mereka buat cabutan bertuah seperti Perodua Myvi, Bezza, Picanto dan Vespa S 125, mana la tahu tahun ni mereka buat cabutan bertuah kenderaan yang lain pula?

Sumber imej: imgflip.com
No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.