PENGGUNAAN MOTOSIKAL DI MALAYSIA BERADA DI TEMPAT YANG KEEMPAT DI DUNIA
Malaysia berada pada tangga keempat penggunaan terbanyak motosikal di dunia apabila
mencatatkan 83% isi rumah memiliki kenderaan itu.
Dalam kajian yang dilakukan di Pew Research Center awal tahun ini menyaksikan Malaysia berada di
belakang Thailand, Vietnam dan Indonesia.
Bagi saya, ia adalah paling praktikal kerana bukan sahaja menjimatkan, tetapi lebih cepat dan anda
bebas daripada tekanan menghadapi kesesakan jalan raya yang semakin menggila di Lembah Klang.
Jarak kira-kira 23-kilometer dari Pandan Indah ke Damansara Perdana biasanya hanya mengambil
masa 30 hingga 40 minit jika menunggang motosikal.
Memandu kereta? Silap hari bulan ia boleh mengambil masa hampir dua jam jika pada waktu puncak! Itulah masalahnya jika memandu di Lembah Klang ini.
Rakan sepejabat yang tinggal di Rawang berkata, dia berdepan stress hampir setiap hari. Ia
bukannya disebabkan tugas di pejabat, tetapi akibat kesesakan jalan raya yang terpaksa ditempuh
setiap pagi dan petang.
Sebenarnya dalam kalangan komuniti penunggang motosikal ini, ada sikap sesama mereka yang
mungkin orang lain tidak perasan iaitu sikap toleransi sesama mereka.
Komuniti penunggang motosikal ini biasanya lebih rapat. Jarang mereka ‘naik angin’ sesama sendiri
atau menunjuk isyarat lucah dan memaki hamun penunggang lain.
Malah, jika ada yang terbabit dalam kemalangan, golongan penunggang motosikal yang akan
spontan dan segera berhenti memberikan bantuan.
Entahlah, ini berlaku mungkin kerana masing-masing tahu mereka dianggap pengguna ‘kelas kedua’
di jalan raya oleh kebanyakan pengguna lain.
Berbeza pula jika kita memandu kereta. Segelintir yang panas baran akan mudah ‘meletup’ sekiranya
ada pemandu lain membunyikan hon, memotong secara melulu atau memotong barisan.
Tak mustahil ia boleh membawa kepada pergaduhan. Ada kes yang membawa kepada kecederaan,
malah maut!
Saya percaya ini berlaku kerana memandu kereta lebih mudah stress berbanding menunggang
motosikal.
Terperangkap dalam kesesakan untuk tempoh yang lama sememangnya boleh membuatkan kita bertindak di luar batasan sekiranya terlalu tertekan.
Namun, ada juga segelintir penunggang motosikal yang sukar untuk bertolak ansur dengan pemandu
kereta. Ini selalunya berlaku apabila penunggang motosikal yang biasanya menggunakan laluan
tengah jika berlaku kesesakan.
Dalam kesesakan itu, pemandu kereta biasanya cukup sukar untuk menukar lorong gara-gara
penunggang motosikal yang tidak memberi kerjasama.
Walaupun sudah memberikan isyarat, tetapi penunggang motosikal tetap ‘berkeras’ mahu
meneruskan laluan dengan membunyikan hon berkali-kali kononnya itu adalah laluan mereka.
Apa salahnya bertolak ansur sedikit dengan memperlahankan motosikal dan membenarkan mana-
mana kereta yang mahu menukar lorong.
Namun, realitinya, risiko terbabit kemalangan dalam kalangan penunggang motosikal adalah tinggi
berbanding memandu kereta.
Sikap ‘mencilok’ dengan menyelit di celah kereta atau lori secara melulu dan terlalu laju boleh
mengancam nyawa, terutama jika ada pemandu kereta yang kurang peka dan prihatin apabila
sesuka hati menukar lorong tanpa melihat cermin sisi atau memberi isyarat terlebih dulu.
Dengan menunggang secara berhemah, lebih berhati-hati, tidak terburu-buru dan melulu mampu
mengurangkan risiko terbabit dalam kemalangan maut.
Apa-apa pun, sama ada anda menunggang motosikal, memandu kereta, van, lori, treler atau bas,
fikirlah mengenai keselamatan dan lebih berhati-hati.
Amalkan sikap toleransi, lebih tenang dan tidak terbawa-bawa oleh emosi. Bukankah kita sama-sama
berkongsi jalan raya dan lebuh raya?
Sebelum itu anda boleh dapatkan produk baru dari X-1R iaitu X-1R Motorbike Formula, diformulakan untuk motor-motor kapcai di Malaysia. Dengan promosi Beli 1 Percuma 1 dengan hanya RM23 sahaja.
Boleh dapatkan X-1R Motorbike Formula di laman sesawang rasmi X-1R : X-1R Asia , atau akaun rasmi shopee X-1R : X-1R Shopee Mall