HomeAcross AsiaTRELER DENGAN TUJUH KERETA LUMBA TERBAKAR TRELER DENGAN TUJUH KERETA LUMBA TERBAKAR By Automology December 22, 2023 0 Comments Beberapa hari lepas, tular di media sosial tentang nasib malang yang menimpa tujuh buah kereta lumba terbakar bersama sebuah treler di Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Sedenak, Kulai. Difahamkan, kereta lumba yang terlibat dalam kebakaran itu adalah milik pasukan R Engineering yang mana kesemua kereta tersebut dalam perjalanan ke Sepang untuk pertunjukan.Kereta yang terbakar dalam kejadian itu adalah lima buah Honda, sebuah Proton Saga dan sebuah Toyota Yaris GR yang mana punca kebakaran serta anggaran kerugian masih dalam siasatan.Sumber imej: facebook.comDalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor, kejadian yang berlaku pada pukul 4.52 pagi itu telah memusnahkan lebih kurang 70% dari semua kenderaan yang terlibat. Sebanyak 25 anggota dihantar ke tempat kejadian selepas menerima laporan kecemasan dan walaupun kereta terlibat hangus terbakar, tiada kemalangan jiwa yang dilaporkan. Selepas kejadian itu, mula timbul beberapa spekulasi yang mengatakan kejadian itu berpunca daripada tindakan sabotaj pihak lawan selain terdapat banyak persoalan yang timbul tentang punca sebenar insiden ini. Sumber imej: facebook.comNamun, wakil pihak pasukan R Engineering telah membuat kenyataan rasmi mereka di laman Facebook yang memaklumkan bahawa mereka telah menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk melakukan siasatan yang lebih terperinci selain memohon semua pihak agar berhenti daripada membuat sebarang spekulasi berkaitan dengan insiden ini.Apa pendapat anda semua? Suratan atau kebetulan? Tags:featuredmalaysia Don't Miss It PENGGUNAAN MOTOSIKAL DI MALAYSIA BERADA DI TEMPAT YANG KEEMPAT DI DUNIA Up Next APA NAK BUAT KALAU TERPERANGKAP DALAM KERETA KETIKA BANJIR? Related Articles Across AsiaDecember 9, 2024 BEREBUT PARKING PUNYA PASAL, AKHIRNYA SATU LORONG KENA SAMAN RM 30K. NewsDecember 6, 2024 KENAPA TOYOTA DAN BYD HYBRIDS GUNA X-1R? Across AsiaDecember 4, 2024 Jaguar Type 00 Concept Is Here… It Has No Rear Windshield No comments yet! You be the first to comment. Leave a Reply Cancel replyYour email address will not be published. Required fields are marked * Submit Δ More in featured VIDEO: Bengang Kena Hon, Penghantar GrabFood Tunjuk Samseng. Tapi Bukan Semua Macam Tu. July 28, 2021