Mitsubishi Tawar Program Bantuan Banjir. Percuma Khidmat Tunda
• Perkhidmatan tunda kenderaan secara PERCUMA untuk semua pemilik kenderaan Mitsubishi yang terjejas akibat banjir 2021.
• Potongan harga sehingga 30 % untuk alat ganti tulen Mitsubishi
• Diskaun 50 % untuk kos buruh
• Tawaran bermula dari 23 Disember 2021 SEHINGGA 20 Januari 2022
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) selaku pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi Motors di Malaysia telah mengumumkan Program Bantuan Banjir untuk semua pemilik kenderaan Mitsubishi di Kuala Lumpur, Selangor dan Pahang yang terkesan akibat bencana banjir pada tahun ini.
Selain menawarkan potongan harga sehingga 30 peratus bagi alat ganti tulen dan diskaun 50 peratus untuk kos buruh, kesemua pemilik kenderaan Mitsubishi juga berhak untuk mendapatkan khidmat tunda secara PERCUMA! Apa yang harus dilakukan oleh pemilik kenderaan Mitsubishi adalah mereka cuma perlu menghubungi talian penjagaan pelanggan 24 Jam Mitsubishi Assist (MA24) melalui nombor 1-800-88-2160.
Sekiranya pemilik kenderaan Mitsubishi melakukan penundaan tanpa bantuan MA24 dan insurans perlindungan juga berhak mendapat rebat sehingga RM 300! Cuma kena buat laporan polis sahaja dan kemudian tunda kenderaan terbabit ke pusat servis Mitsubishi terdekat.
Menurut Shinya Ikeda, CEO kepada Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), pihak Mitsubishi faham akan beban dan kerugian yang terpaksa ditanggung oleh kesemua mangsa banjir termasuk pemilik kenderaan Mitsubishi. Maka, mereka berharap agar program bantuan ini sedikit sebanyak mampu membantu untuk meringankan beban mangsa banjir yang terjejas.
Tetapi harus diingatkan, program bantuan ini ditawarkan kepada pemilik kenderaan Mitsubishi yang dibeli daripada pengedar sah Mitsubishi Motors. Untuk sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh terus menghubungi Talian Perkhidmatan Pelanggan mereka di 1-800-18-8161.