Aston Martin Vantage The Hunter Edition – Harga Bermula RM 880K

Pergh.. Merecik habis tengok kereta terbaru yang dilancarkan oleh Aston Martin Kuala Lumpur – Aston Martin Vantage The Hunter Edition. Kenapa ianya dinamakan Hunter? Sudah tentu sebab reka bentuk yang ‘ganas’ atau aggresif serta memukau! Digabungkan pula dengan nama Vantage yang sudah sinonim dengan prestasi terunggul sejak diperkenalkan sekitar tahun 1950-an lagi.

Untuk pengetahuan semua, model ini sebenarnya menggunakan warna China Grey dan menariknya, ia juga merupakan Vantage yang pertama di Malaysia yang menggunakan warna tersebut. Antara ciri-ciri menarik lain yang terdapat pada Aston Martin Vantage The Hunter Edition ini ialah ia turut mempunyai ciri terkini gril depan dan bonnet vents yang sebelumnya didapati pada Aston Martin Vantage F1® Edition.

Selain turut dilengkapi dengan aloi 21” Satin Black, model ini juga menggunakan warna yang lebih gelap pada beberapa bahagian dalaman dan luaran untuk menonjolkan lagi reka bentuk elegan. Sememangnya warna yang digunakan memang memainkan peranan untuk menonjolkan lagi penampilan yang sporty tapi mewah.

Bagaimana pula dengan rekaan bagi bahagian dalaman kereta ni?

Untuk bahagian dalaman (interior), kereta ini menggunakan rekaan mewah serta mempunyai kawalan seperti sport-oriented gearshift paddles yang mampu membuatkan sesiapa sahaja yang memandu kereta ini terpukau. Kita juga dapat melihat butang gear diletakkan secara unik di konsol tengah selain dilengkapi dengan Sistem Audio Aston Martin serta skrin LCD bersaiz 8”. Lagi menarik, kombinasi warna dalaman yang menggunakan gabungan warna duotone Onyx Black dan Chancellor Red juga membuatkan rekaan dalamannya kelihatan lebih ekslusif, mewah dan elegan!

Aston Martin Vantage sebenarnya boleh didapati pada harga bermula RM 678,000 namun bagi Aston Martin Vantage The Hunter Edition, sudah tentu ianya lebih istimewa. Maka tidak hairanlah jika harganya juga lebih tinggi iaitu bermula daripada RM 880,000 (tidak termasuk duti dan cukai). Jadi, bagi sesiapa yang berminat untuk mengetahui tentang model ini dengan lebih lanjut, anda boleh terus menghubungi +60 32163 1196 atau hantarkan email kepada astonmartinkl.enquiries@wearnes.com

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *